Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid, 16 tahun, yang meninggal dunia selepas terlanggar tiang ketika bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia akan dikebumikan di Kuantan, Pahang.
Datuk saudara Mohammad Farhan, Azahari Hassan, 47 tahun, ketika ditemui di kediamannya di Kubang Buaya, Kuantan berkata, jenazah cucu saudaranya itu kini berada di hospital di Queensland untuk dibedah siasat.
Katanya, pemergian arwah merupakan kehilangan berganda buat keluarga mereka kerana, sebulan lalu mereka baru sahaja kehilangan datuk Mohammad Farhan, Mohd Arif Abdullah Russell Machen, 63 tahun, yang meninggal dunia pada awal November lalu.
"Ambil saya jam 6 petang," menurut Mohd Arif, itulah kata-kata terakhir Mohammad Farhan.
Mangsa tiba di Australia bersama ibu saudaranya Farhanatul Nadia bersama-sama adiknya dan dua orang sepupunya pada 21 Disember lalu.
Mereka ke Australia untuk bercuti sambil meluangkan masa di rumah ibu Mohammad Farhan, Fhurzanatul Natasha Mohd Sazali, 32 tahun, yang bermastautin di sana sejak beberapa tahun lalu.
BACA: Remaja Malaysia maut semasa bermain papan luncur di Australia
BACA: Wisma Putra bantu bawa pulang remaja maut bermain papan luncur di Australia
BACA: Remaja maut papan selaju: Keluarga masih tunggu bantuan Wisma Putra
"Lepas makan tengah hari dalam pukul 2 lebih macam tu, dia berjumpa kawan-kawan dia yang lama.
"Lepas tu (mangsa) main 'skateboard' di satu kawasan cerun, dan 'skateboard' pergi terlaju laju sehingga dia terlanggar tiang dan terkena dada dan terus meninggal dunia di situ," katanya.
"Mula-mula ingat nak kebumi di sana tetapi kos nak kebumi di sana terlalu tinggi, lebih tinggi dari bawa balik jadi lebih baik bawa balik dan kebumi di sini," katanya lagi.
Menyingkap peribadi Mohammad Farhan, Azahari menyifatkan remaja itu sebagai anak yang sangat disenangi dan penyejuk mata keluarga kerana kebaikannya dan gemar membantu.
Dia juga mempunyai sikap suka menawarkan diri untuk membantu orang lain dan tidak pernah meninggikan suara.
Arwah menetap di Kuantan bersama adik, nenek, datuk saudara, emak saudara serta dua sepupu dan merupakan cucu saudara pertama Azahari daripada 25 orang.
Sementara itu kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah Mohammad Farhan Fudhail.
Namun kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, keputusan untuk membawa pulang jenazah atau mengembumikan di Australia adalah bergantung kepada keluarga atau waris.
Mohd Zalani Md Atan
Sun Dec 29 2019

Datuk saudara mangsa Azahari Hassan, menunjukkan gambar anak saudaranya Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid. - Foto Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Remaja maut papan selaju: 'Arwah penyejuk mata keluarga' - Datuk saudara
Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid, 16 tahun, yang meninggal dunia selepas terlanggar tiang ketika bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia akan dikebumikan di Kuantan.