Remaja lelaki 16 tahun itu didakwa dengan sengaja membunuh rakannya di surau sebuah asrama anak-anak yatim dan miskin di Kuantan pada jam antara 3.45 petang hingga 4.15 petang.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Majistret Ainis Abu Hassan Shaari kemudiannya menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhlin Hani Khairon manakala remaja terbabit diwakili peguam Datuk Mohd Najib Husain.
Dalam kejadian dua minggu lalu, mangsa didakwa telah dicekik serta dihempas ke lantai hingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri ekoran dikatakan mengambil wang RM4 suspek.
Mangsa disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.