KUALA LUMPUR: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752) dikuatkuasakan pada tahun 2012.
Siasatan dibuat selepas terdapat dakwaan berlakunya pendaftaran automatik sebagai anggota RELA seperti yang tular di media sosial.
RELA dalam kenyataan bagaimanapun menafikan berlakunya pendaftaran secara automatik dan menegaskan perbuatan tersebut bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
“Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maklum akan kegusaran orang ramai dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta 752 berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.
Seksyen 7(1) Pendaftaran sebagai anggota RELA, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752) tahun 2012 menyatakan bahawa: Seseorang orang yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berupa seorang warganegara dan bukan seorang anggota Angkatan Tentera atau mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai anggota RELA.
Katanya, RELA tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.
Sebelum ini, beberapa pengguna Twitter, termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, mendedahkan mereka dan ahli keluarga mereka telah didaftarkan sebagai anggota RELA tanpa disedari.
Mengulas lanjut, RELA kini dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan di mana anggota yang tidak aktif dan telah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan.
“Walau bagaimanapun, program pemutihan keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 Akta ini digantung sementara kerana RELA sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak COVID-19,” katanya lagi.
Bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaan boleh berbuat demikian dengan memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah RELA.
Kepada individu terbabit yang mendapati telah didaftarkan sebagai anggota RELA dan ingin menamatkan keanggotaan sila hubungi talian berikut 03-8870 3770 dan emel pro_rela@moha.gov.my untuk dibatalkan keanggotaannya.
Hakim Rahman
Tue Jun 15 2021

Siasatan dibuat selepas terdapat dakwaan berlakunya pendaftaran automatik sebagai anggota RELA seperti yang tular di media sosial. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

X papar logo Grok untuk mudahkan akses kepada pembantu AI
Pengguna boleh melakukan pelbagai pertanyaan terus kepada Grok, di samping turut menggunakannya dalam penjanaan gambar.

X fokus kepada 'X TV', 'X Money' tahun ini
X TV dilihat akan memfokuskan kepada kandungan berbentuk video, dan memudahkan ia ditonton melalui kaca televisyen.

X perkenal penjana imej generasi baharu pada Grok, hasil gambar lebih realistik
Model baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia.

Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Keputusan itu sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat Elon Musk dengan Trump.

X dibenar beroperasi semula di Brazil selepas akur permintaan mahkamah
X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda selepas akaun Starlink dibekukan.

Nilai X dilapor susut hampir 80% sejak dibeli Elon Musk
X dihantui pelbagai isu besar sejak Musk mengatakan ia adalah platform sebenar untuk kebebasan bersuara.

X bakal tambah tab khusus untuk video tidak lama lagi
X akan memfokuskan kepada kandungan video dan bereksperimen dengan aplikasi untuk televisyen.

Threads kini sokong sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian
Threads menyokong perkongsian sehingga 20 gambar, memberikan pengalaman yang mirip dengan zaman keagungan Twitter.

Bluesky kini mempunyai lebih 9 juta pengguna
Penambahan drastik kebelakangan ini berlaku apabila platform X dihalang di Brazil, menyebabkan ramai beralih ke Bluesky.

Threads kini hampiri 200 juta pengguna aktif bulanan
MARK Zuckerberg hari ini berkongsi bahawa Threads terus memperlihatkan peningkatan pengguna aktif dari hari ke hari.