PUTRAJAYA: Majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 mulai 27 Jan ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Dalam sesi taklimat RTK2.0 di sini hari ini, beliau berkata permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main sebelum diberikan tarikh janji temu oleh Jabatan Imigresen (JIM).
Apabila majikan mendapat tarikh janji temu, mereka perlu hadir ke Bahagian Pekerja Asing di Putrajaya atau mana-mana pejabat JIM negeri bersama pekerja asing yang telah didaftarkan untuk proses verifikasi, katanya.
"Proses kelulusan mengambil masa sehari sahaja. Apabila diluluskan, majikan perlu membawa pekerja asing untuk menjalani proses pemeriksaan kesihatan dengan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) bagi memastikan mereka sihat dan dapat bekerja dalam sektor masing-masing.
"Proses seterusnya ialah pembayaran fi rekalibrasi, visa, PLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara), pemprosesan dan levi. Apabila semua dokumen telah lengkap, majikan boleh mencetak PLKS," katanya serta menegaskan JIM tidak melantik mana-mana individu atau agensi sebagai 'orang tengah' bagi program berkenaan.
Mengenai fi rekalibrasi, Khairul Dzaimee berkata bayaran yang dikenakan untuk setiap pekerja asing ialah RM1,500 untuk setiap sektor.
Beliau berkata sektor pembantu rumah asing ialah sektor baharu yang ditambah, menjadikan lapan sektor dibenarkan bagi proses pengambilan pekerja asing dalam program RTK2.0.
Khairul Dzaimee berkata sektor lain ialah perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian serta perladangan.
"Terdapat sembilan negara sumber bagi pembantu rumah asing iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia," katanya.
Pada 10 Jan lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing.
Kedua-dua perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja tamat pada 31 Dis lepas dan akan diteruskan selama setahun, berkuat kuasa serta-merta.
Semalam, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar memaklumkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dilaksanakan bagi menyegerakan proses permohonan serta kelulusan penggajian pekerja asing bagi lima sektor dan subsektor kritikal.
Sektor dan subsektor terlibat ialah perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran sahaja).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Khairul Dzaimee ketika sesi Taklimat Pelaksanaan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bersama pengamal media di bilik taklimat Jabatan Imigresen hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pendaftaran RTK 2.0 Sarawak dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh verifikasi serta pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara turut dilanjutkan, masing-masing hingga 30 Sept dan 31 Dis ini.

Tiada permohonan kelulusan khas RTK 2.0 selepas Disember 2022 - KP Imigresen
Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan kelulusan khas kepada pemohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang menjadi pendatang tanpa izin di negara ini selepas tarikh 31 Dis 2022.

Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0: Permohonan dibuka 27 Jan
Majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 mulai 27 Jan ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.