GEORGE TOWN: Peningkatan kadar bil bekalan air terus menjadi rintihan rakyat di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini, malah persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas juga sedikit tegang apabila beberapa wakil rakyat membangkitkan perkara tersebut.
Bagaimanapun, pengumuman kerajaan negeri Rabu lepas mengenai pemberian air percuma 10,000 liter pertama bagi setiap bil air selama enam bulan dan meluaskan skim Rebat Mesra Keluarga RM20 bagi isi rumah besar, membawa senyuman kepada 597,000 pengguna domestik berdaftar di negeri ini.
Meskipun Pulau Pinang menikmati tarif kedua terendah di negara ini, namun rata-rata penguna air yang terkesan dengan kenaikan tarif sebelum ini menyifatkan rebat air tersebut, memberikan sedikit kelegaan sekali gus mengurangkan komitmen kewangan bulanan mereka.
Siti Halisah Hussein, 40, berkata pengumuman itu sememangnya sesuatu yang dinantikan dan ia memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah serta beban yang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini.
"Sebagai anak jati Pulau Pinang memang sangat terkesan dengan kenaikan itu, kerana kebiasaannya hanya bayar RM35 untuk penggunaan air selama dua bulan tetapi, selepas tarif naik bil yang diterima melonjak sedangkan penggunaannya sama saja," katanya kepada Bernama.
Beliau yang bekerja sendiri itu turut berharap kerajaan negeri dapat berbincang semula dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengenai pemberian rebat ini, dengan mengambil kira keperluan rakyat.
Sementara itu, nada sama turut disuarakan Azizul Abdul Rahim, 40, yang mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya melihat semula pemberian rebat itu, dengan memberi pertimbangan terhadap kemungkinan tempoh itu boleh dilanjutkan.
"Apa yang diumumkan semalam memang sudah melegakan Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat mengurangkan bebanan yang ditanggung, sebab kita tahu sekarang ini kos sara hidup meningkat.
"Macam saya walaupun isi rumah hanya lima orang tetapi terkesan juga. Rebat (enam bulan) itu pun sudah memadai atau mungkin kerajaan negeri boleh cuba dulu enam bulan, kemudian kalau ada keperluan mungkin boleh lanjut kepada setahun," kata kakitangan kerajaan itu.
Muhamad Hanafi Muhamad Rozi, 39, pula berpandangan dalam keadaan hari ini, pengguna harus bijak menguruskan penggunaan air harian sekali gus boleh membantu mengurangkan kadar bil yang diterima.
"Walaupun enam bulan tapi rebat ini dapat membantu mengurangkan jumlah yang perlu dibayar nanti," katanya.
Pemberian air percuma 10,000 liter oleh PBAPP itu berkuat kuasa Julai ini hingga Disember 2024 dan skim rebat pula melibatkan isi rumah besar iaitu lapan orang ke atas dengan pendapatan RM5,000 ke bawah
Menerusi dua rebat tersebut, pengguna air domestik Pulau Pinang yang menggunakan lebih daripada 10,000 liter dalam tempoh dua bulan akan jimat RM6.20 setiap bil, iaitu tiga bil dwibulanan dan jumlah penjimatan bagi setiap pengguna ialah RM18.60 dalam tempoh enam bulan yang ditetapkan.
Sebelum ini, ramai mengeluh berikutan kadar tarif air domestik baharu yang dilaksanakan sejajar dengan pelarasan semula tarif air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa Februari 2024, kerana peningkatan mendadak berbanding dengan tarif dahulu yang tidak diselaraskan selama 31 tahun bagi band pertama (20 meter padu) dan sembilan tahun bagi band-band lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
Pemberian air percuma 10,000 liter oleh PBAPP itu berkuat kuasa Julai ini hingga Disember 2024. - Gambar hiasan/BERNAMA
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Rebat air: Bantu kurangkan komitmen bulanan 597,000 pengguna Pulau Pinang
Rebat Mesra Keluarga RM20 bagi isi rumah besar membawa senyuman kepada 597,000 pengguna domestik berdaftar di negeri ini.
Johor umum pemberian 35 meter padu air percuma kepada rakyat
Selain itu kerajaan negeri juga akan memastikan menjelang 2017 semua penduduk Johor akan menikmati bekalan air bersih.