KUALA LUMPUR: Keputusan segera Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100% secara sekali sahaja (one-off) bagi bil elektrik bulan Disember 2021 kepada72,000 pelanggan domestik TNB yang terjejas akibat banjir, didorongi rasa kebersamaannya dengan rakyat yang juga pelanggannya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri, sekali gus ia adalah persetujuan bersama kerajaan bagi menyantuni mangsa banjir.
Beliau berkata, warga kerja TNB juga adalah ahli komuniti dalam pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus sentiasa dapat merasai bersama perasaan rakyat yang juga pelanggan kami.
''Pemberian rebat dan peruntukan yang disediakan sebelum ini mencerminkan nilai-nilai teras warga TNB termasuk keprihatinan, di samping rasa kebersamaannya dengan rakyat,” kata beliau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan pemberian rebat itu kepada 72,000 pelanggan domestik TNB yang terjejas dilanda bencana alam di negeri-negeri terlibat dengan peruntukan kecemasan tambahan sebanyak RM 9 juta.
Baru-baru ini, TNB sudah pun mengumumkan peruntukan RM40 juta bagi tujuan kerja-kerja pemulihan di samping RM2 juta lagi dalam bentuk bantuan kewangan melalui Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP).
Lebih 2,000 warga kerja TNB di seluruh Semenanjung berusaha memulihkan semula bekalan dan membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi dalam proses pemulihan aset bekalan TNB (pencawang elektrik, kabel, tiang elektrik) yang terjejas akibat bencana tersebut.
Ir. Baharin berkata, nilai keprihatinan warga kerja TNB turut mendorong syarikat utiliti itu menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman golongan B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka.
Langkah tersebut, katanya, adalah satu daripada pendekatan untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat, sekali gus mencerminkan pula nilai mengutamakan pelanggan yang menjadi keutamaan TNB.
“Kerja-kerja pemeriksaan itu meliputi pengujian penebatan rintangan dan pembumian serta ujian yang diperlukan di kotak fius agihan (distribution board - DB) serta alatan elektrik berkaitan, untuk memastikan keselamatan pengguna sebelum mereka menghidupkan papan litar utama di premis dan langkah-langkah yang perlu diikuti demi keselamatan seluruh keluarga,” ujarnya lagi.
Pemeriksaan percuma ini adalah kerjasama bersama Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (PERNISMA), Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM), TNB Energy Services (TNBES), dan kontraktor-kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Lebih 50 syarikat kontraktor telah bersetuju menyertai kerja-kerja kesukarelawan ini di kawasan-kawasan kediaman golongan B40 yang dikenal pasti oleh TNB bersama wakil-wakil penduduk.
Dalam perkembangan berkaitan, Ir. Baharin turut memaklumkan sehingga pagi ini, lebih 90% iaitu 1,973 daripada 2,110 aset bekalan elektrik TNB yang terjejas dan dihenti tugas sejak banjir melanda Sabtu lalu, telah dapat dipulihkan.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Sun Dec 26 2021

Lebih 2,000 warga kerja TNB di seluruh Semenanjung berusaha memulihkan semula bekalan dan membantu mangsa banjir, terutama dalam proses pemulihan aset bekalan TNB yang terjejas akibat bencana tersebut.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.

B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.

Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

Syarikat telekomunikasi sokong Insentif Pascabayar Rahmah untuk pengamal media
Pengendali telekomunikasi memaklumkan bahawa insentif itu selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Gangguan elektrik: Rebat pengguna tertakluk hasil siasatan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata siasatan yang dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan TNB itu dijangka selesai dalam tempoh satu bulan dari tarikh kejadian.

Gangguan bekalan elektrik: Pengguna terkesan akan nikmati rebat - Takiyuddin
Pada hari kejadian seramai satu juta pengguna akaun domestik, industri dan komersial terkesan dengan gangguan tersebut.

Gangguan bekalan air, P. Pinang dicadang beri rebat kepada pengguna
Gangguan bekalan air itu melibatkan 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Kos jana elektrik meningkat 45% susulan peningkatan harga arang batu
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi rebat untuk pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022.

Rebat 100% bil elektrik manfaatkan 72,000 pengguna yang terjejas banjir - TNB
Baharin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri.

AIM turunkan caj pengurusan 2 peratus untuk empat skim pembiayaan
Penurunan caj daripada 10 peratus kepada 8 peratus itu akan berkuat kuasa selama dua tahun mulai 2022 hingga 2023.