GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang diminta memberikan rebat kepada semua pihak yang terkesan termasuk sektor perkilangan yang mengalami kerugian akibat gangguan bekalan air di negeri itu minggu lepas.
Cadangan tersebut dikemukakan oleh Parti MCA kerana gangguan bekalan air itu melibatkan 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan mengambil masa hingga enam hari untuk pulih sepenuhnya.
Naib Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Tan Yang Pang berkata gangguan bekalan air itu menyebabkan banyak pihak terjejas dan mengalami kerugian berikutan perniagaan mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa.
"Dalam kejadian bermula pada Rabu lepas itu, banyak pihak terjejas dan terpaksa berdepan dengan keadaan sukar apabila bekalan air terputus secara tiba-tiba tanpa notis pemberitahuan.
"Sebab itu MCA mencadangkan agar mereka yang terkesan diberikan rebat dan kami juga mahu kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa antara Pulau Pinang, Kedah dan Perak bagi membincangkan sumber air mentah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada Rabu lepas, operasi Loji Rawatan Air Sungai Dua terpaksa dihentikan selama empat jam kerana kadar kekeruhan air mentah yang tinggi berikutan banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah.
Tindakan itu menyebabkan 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun PBAPP di seluruh negeri terputus bekalan air yang hanya pulih sepenuhnya selepas enam hari.
Sementara itu, Tan berkata pihaknya turut menggesa anggota kelab penyokong Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang supaya memaklumkan nama yang perlu dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan (PAC) negeri untuk menjalankan siasatan berhubung gangguan air tersebut.
Menurutnya masalah itu tidak sepatutnya diletakkan kepada PBAPP sahaja, sebaliknya Ketua Menteri Chow Kon Yeow selaku Pengerusi PBAPP perlu mengambil tanggungjawab berhubung gangguan air tersebut
Sebelum ini, anggota kelab penyokong PH dalam kenyataannya menggesa satu siasatan dijalankan berhubung krisis bekalan air yang melibatkan 80 peratus pemegang akaun di seluruh negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

Gangguan bekalan air itu melibatkan 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). - Gambar hiasan/Pexels

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.

Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.

Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.

Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.

Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.

Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.

Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.