Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan yang mendakwa kononnya sokongan beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bertujuan menyelamatkan dirinya daripada siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Jelasnya, beliau tidak sedikit pun gentar jika ditangkap sekiranya benar terlibat dengan kes kerugian dalam perdagangan mata wang asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an seperti yang didakwa pihak tertentu.
"Walaupun badan tertentu ditubuh, kononnya untuk dikaji kesalahan pemimpin dahulu, kononnya nak tangap orang ini, kerana orang ini takut, kononnya saya mula berbaik dengan Anwar kerana takut ditangkap.
"Saya bukan kerjasama dengan Anwar pasal masalah peribadi saya," kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu sambil menambah, kerjasamanya dengan bekas ketua pembangkang itu hanya untuk "menyelamatkan negara."
Beliau ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM di Tanjung Kling, Melaka, malam tadi yang turut dihadiri Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Majlis yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung itu turut menyaksikan upacara pemotongan kek sempena hari ulang tahun kelahiran Dr Mahathir yang ke-92 hari ini.
Baru-baru ini, Dr Mahathir selaku individu yang menyekat perjalanan politik Anwar setelah memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 lalu, menyatakan sokongan beliau kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.
Raffi Bachik
Mon Jul 10 2017
DR MAHATHIR: Saya bukan kerjasama dengan Anwar pasal masalah peribadi saya, tetapi hanya untuk "menyelamatkan negara." - Gambar fail
Bapa temui jasad anak perempuan dalam tali air, ibu pengsan
Ainun Mardiah Azeman, 14, ditemukan Azeman Harun, 56, pada jam 5 petang di dasar tali air sedalam kira-kira semeter.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
OpenAI berjaya dapatkan nama domain chat.com
Tidak diketahui berapa nilai dibayar OpenAI untuk dapatkan nama domain tersebut.
ACL2: Bekas penyerang Selangor bawa Al Hussein ke tangga teratas
Reziq Bani Hani, menjaringkan gol berganda ketika membantu juara Liga Jordan, Al Hussein, ke tangga teratas Kumpulan D dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.
Lebih RM1.87 juta saman dikutip JSPT KL dalam dua hari
Sebanyak RM1.878 juta bayaran saman daripada pesalah lalu lintas berjaya dikutip Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam tempoh dua hari.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, jumlah itu adalah menerusi 17,002 saman yang diselesaikan sempena tawaran diskaun 50 peratus.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, jumlah itu adalah menerusi 17,002 saman yang diselesaikan sempena tawaran diskaun 50 peratus.
"Saya belum jadi Perdana Menteri lagi"- Shahidan
Sekali lagi kekecohan berlaku selepas Ahli Parlimen Arau membahaskan isu yang dijawab oleh Menteri Pertahanan. Speaker Dewan Rakyat berkata kerajaan mempunyai hak untuk memberi jawapan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Aktiviti GISBH lewat dikesan kerana kegiatan kelihatan sah - Menteri
Kerajaan menjelaskan kelewatan mengesan aktiviti GISB Holdings (GISBH) berikutan kumpulan berkenaan berselindung di sebalik kegiatan sah di sisi undang-undang.
Sesi beri keterangan Vivy, Fadza ditunda ke jam 2 petang
Sesi memberi keterangan pleh pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditunda kepada pukul 2 petang ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang sumber SPRM kepada media yang menunggu di hadapan ibu pejabat SPRM kira kira jam 9.30 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang sumber SPRM kepada media yang menunggu di hadapan ibu pejabat SPRM kira kira jam 9.30 pagi tadi.
Jadual padat PM Anwar pada hari terakhir di China
Jadual padat menanti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari terakhir lawatan kerja ke China, hari ini.
Pertimbangan henti guna plastik sekali guna seawal 2026
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang mempertimbangkan untuk menghentikan sepenuhnya pemberian beg plastik sekali guna seawal 2026 di seluruh negara.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.
Malaysia, Bank of China, teroka penyelesaian perdagangan mata wang tempatan
Perbincangan Anwar bersama bank tersebut, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi dua hala dengan China.
A.S. Memilih: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Trump
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Rangkaian 5G: Hassan Karim dakwa kerajaan dibayangi kapitalis kroni
Penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh MCMC kepada U Mobile Sdn Bhd, membuktikan kerajaan seolah-olah terpaksa akur dengan golongan kapitalis di negara ini.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.