Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman di sini pukul 8.40 pagi tadi apabila dipanggil sebagai saksi prosiding Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkenaan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada lewat 80an hingga 1994.

Beliau yang merupakan Menteri Kewangan sewaktu urus niaga mata wang asing tersebut tiba dengan berkemeja putih sambil dikawal ketat oleh pegawai penjara.

Hadir sama adalah isteri beliau, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa lagi pimpinan PKR.