Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria masih menjalankan tugas rasmi beliau dan tidak direhatkan walaupun siasatan sedang dijalankan susulan menghadiri jamuan di Lenggong semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ketika ini jentera kerajaan negeri perlu memberikan tumpuan kepada masalah yang sedang dan akan dihadapi kesan daripada pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan COVID-19.
"Kerajaan negeri kena cari jalan bagaimana nak reboot ekonomi negeri, ini penting dan fokus itu perlu diberikan perhatian secara serius," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Transit Gelandangan di Arena Badminton Perak di sini pada Rabu.
Pada 18 April, tular di media sosial gambar Razman dan beberapa individu bersama-sama dengan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hadir jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong.
Sehari selepas itu, Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol dan merupakan Pesuruhjaya PAS Perak membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Facebook beliau selain turut hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.
BACA: Ingkar PKP: Exco Perak beri keterangan di IPD Kerian
BACA: Ingkar PKP: Exco Perak mohon maaf pada rakyat Malaysia
BACA: Polis Perak akan ambil keterangan Exco, timbalan menteri hadir jamuan di Lenggong
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 22 2020
Razman telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Facebook beliau selain turut memberi keterangan kepada polis. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.
PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Hassanal supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri.
Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahatul Sakinah, Kampung Tengah Kluang petang tadi.
Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini
Mohd Puad memaklumkan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahad ini.