PETALING JAYA: Rayuan pelbagai pihak supaya diberi pertimbangan mendapat subsidi diesel akan dibentangkan untuk pertimbangan kabinet setelah selesai diteliti, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata kerajaan mengambil maklum tentang rayuan yang dikemukakan, termasuk oleh pengusaha trak penunda kenderaan.
"Semuanya sedang dipertimbangkan, justifikasi telah mereka kemukakan dan sebaik sahaja jawatankuasa rayuan buat analisis, kita akan bentangkan untuk pertimbangan kabinet, buat masa ini belum ada keputusan dibuat.
"Kita masih buat analisis kerana prinsip asasnya adalah mereka yang layak untuk Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ini adalah sektor-sektor atau jenis pengangkutan yang terlibat dalam penghantaran barangan yang penting yang digunakan secara harian oleh komuniti yang besar," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Shopee Seller Summit 2024 di sini hari ini beliau berkata, kerajaan terbuka kepada sebarang rayuan sebagaimana yang dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk diberikan pertimbangan yang terbaik.
Lebih 1,000 pengusaha trak penunda kenderaan sebelum ini dilaporkan menggesa kerajaan mempertimbangkan perkhidmatan berkenaan dimasukkan dalam senarai 23 kategori kenderaan layak menerima bantuan diesel di bawah SKDS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
![Rayuan subsidi diesel akan dibentang untuk pertimbangan Kabinet selepas diteliti - Armizan Rayuan subsidi diesel akan dibentang untuk pertimbangan Kabinet selepas diteliti - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
Armizan berkata kerajaan mengambil maklum tentang rayuan yang dikemukakan, termasuk oleh pengusaha trak penunda kenderaan. - Gambar fail/BERNAMA
![Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
![RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15 RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719211379_TBTEONIECHING.jpg)
RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
![Sindiket penyeludupan boleh bertindak agresif - Polis Marin Sindiket penyeludupan boleh bertindak agresif - Polis Marin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719927700_NorzaidMuhammadSai.jpg)
Sindiket penyeludupan boleh bertindak agresif - Polis Marin
Tindakan sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand yang boleh bertindak agresif sehingga sanggup mengancam keselamatan pihak berkuasa tidak boleh dipandang remeh.
AWANI Ringkas: PLUS, PETRONAS Dagangan bangun stesen super hibrid pertama di lebuh raya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719927135_MohdFaridhHafezMh.jpg)
Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.
![Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629536978_VIVIAN.jpg)
Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar
Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.
![Pasaran getah ditutup bercampur-campur Pasaran getah ditutup bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.
![Thailand sasar sejuta pelajar tercicir kembali ke sekolah Thailand sasar sejuta pelajar tercicir kembali ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718177720_thailand.jpg)
Thailand sasar sejuta pelajar tercicir kembali ke sekolah
Thailand telah memulakan inisiatif di seluruh negara untuk menangani isu keciciran pembelajaran melalui dasar "Thailand Zero Dropout".
![ESSCOM tahan dua lelaki Indonesia, rampas senapang angin, syabu ESSCOM tahan dua lelaki Indonesia, rampas senapang angin, syabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707897272_TBDATUKVICTORSAN.jpg)
ESSCOM tahan dua lelaki Indonesia, rampas senapang angin, syabu
ESSCOM menahan dua lelaki Indonesia dan merampas tiga senapang angin buatan sendiri serta 50 butir peluru guli dalam serbuan di sebuah ladang di Jalan Jeroco semalam.
![Rayuan subsidi diesel akan dibentang untuk pertimbangan Kabinet selepas diteliti - Armizan Rayuan subsidi diesel akan dibentang untuk pertimbangan Kabinet selepas diteliti - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
Rayuan subsidi diesel akan dibentang untuk pertimbangan Kabinet selepas diteliti - Armizan
Rayuan pelbagai pihak supaya diberi pertimbangan mendapat subsidi diesel akan dibentangkan untuk pertimbangan kabinet setelah selesai diteliti.