TUMPAT: Tindakan sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand yang boleh bertindak agresif sehingga sanggup mengancam keselamatan pihak berkuasa tidak boleh dipandang remeh.
Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman SAC Norzaid Muhammad Said berkata bagi menggelak sebarang kejadian tidak diingini memandangkan penyeludup boleh bertindak agresif termasuk menggunakan senjata api penggunaan jaket kalis peluru serta helmet keselamatan adalah langkah terbaik.
"Setiap anggota yang keluar menjalankan tugas rondaan dan operasi di sepanjang Sungai Golok diarahkan supaya memakai kelengkapan secukupnya bagi memastikan keselamatan terpelihara.
"Ini arahan pihak pentadbiran dan sekiranya gagal memakai jaket kalis peluru mereka tidak dibenarkan keluar menjalankan tugas dan boleh dikenakan tindakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketika ini terdapat seramai 32 anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor yang menjalankan tugasan rondaan bermula dari Kuala Takbai ke Kubang Pak Itam.
Sementara itu, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor ASP Akil Abdul Rauf ketika ditemui berkata penugasan rondaan amat menitikberatkan soal keselamatan dan lebih berhati-hati berikutan tindakan agresif penyeludup boleh berlaku di luar kawalan.
"Setiap kali tugas rondaan pihak kami akan keluar seramai lapan anggota menggunakan dua buah bot yang cukup dengan kelengkapan seperti jaket kalis peluru dan helmet keselamatan.
"Kita menjalankan tugasan rondaan dengan berhati-hati dan akan pastikan tahap keselamatan setiap anggota walaupun pada masa yang sama menjalankan tugas membanteras penyeludupan," katanya.
Beliau berkata PPM Pengkalan Kubor turut meminta orang awam menyalurkan maklumat kepada polis jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah di sempadan.
Pada 19 Jun lepas, sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang sedang melaksanakan operasi di Sungai Golok ditembak seorang ahli kumpulan penyeludup bahan api.
Sebanyak tiga das tembakan dilepaskan penyeludup dalam cubaan mereka untuk meloloskan diri daripada ditahan berdekatan Pangkalan Haram Pok Mat, Kampung Simpangan, Tumpat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Norzaid berkataa, ketika ini terdapat seramai 32 anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor yang menjalankan tugasan rondaan bermula dari Kuala Takbai ke Kubang Pak Itam. - Gambar FB/Pasukan Polis Marin
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Polis Marin catat rampasan RM216 juta setakat November 2024
Babitkan 7,756 kes jenayah maritim termasuk penyeludupan kontraban seperti dadah, barangan kawalan, migran serta pencerobohan sempadan.

Sorok rokok seludup bernilai RM5.12 juta dalam rumah
Rampasan rokok putih terbesar di negeri ini hasil daripada Operasi Kontraban yang dijalankan sejak 10 November lalu di beberapa premis di sekitar George Town di sini.

PPM tahan lelaki bersama rokok seludup bernilai RM609,840
Polis berkata lelaki yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu direman hingga 10 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.

Polis Marin rampas penyeludupan 60,700 liter diesel subsidi di Masai
Polis besemua lelaki berusia 29 hingga 61 tahun itu, ditahan kira-kira pada jam 1.35 tengah hari oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Dua.

Sarjan Mejar tidak mengaku salah 21 pertuduhan terima suapan
Tertuduh ditahan pada 27 Februari lalu di pejabat SPRM, Pulau Pinang mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Kapal korek pasir RM7.5 juta berdaftar di Mongolia ditahan di Kota Belud
Kapal yang disyaki berdaftar di Mongolia itu dikesan pasukan PPM Wilayah 4 Sabah dalam Op Terancang pada kedudukan 0.38 batu nautika dari Pulau Usukan, 5 petang Isnin.

Diesel lebih RM88,000 disyaki diseleweng dirampas di Alor Setar
Premis yang diserbu itu tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan.

Bot bawa 31 PATI Rohingya ditahan di perairan Langkawi
Bot itu memuatkan 18 pelarian dewasa lelaki, sembilan dewasa wanita dan empat kanak-kanak.

Dua pemandu lori seleweng diesel ditahan di Skudai
Kedua pemandu lori berusia 28 dan 56 tahun membawa muatan kira-kira 2,000 liter dan 3,167 liter diesel tanpa permit yang sah.