KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO perlu diberi peluang untuk membuat rayuan pengampunan diraja dan seterusnya menerima keputusan yang dibuat Lembaga Pengampunan.
Ini kerana, menurut penganalisis politik Mazlan Ali, setiap individu bersalah berhak berbuat demikian sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Perlembagaan Persekutuan meletakkan hak, jaminan kepada seseorang yang didapati bersalah. Sebab soalnya, mestilah kita letak kepercayaan kepada Lembaga Pengampunan.
"Lembaga Pengampunan adalah satu badan yang sangat teliti menimbang keputusan untuk mengatakan setuju atau tidak berdasarkan fakta yang ada.
Namun, menurut Mazlan, rayuan pengampunan diraja terhadap Najib bagaimanapun dijangka berdepan rintangan memandangkan bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai banyak kes mahkamah yang lain.
"Najib berada dalam situasi yang sangat mencabar kerana kes-kes mahkamah beliau masih banyak dan masih berjalan itu kemungkinan akan menyebabkan rayuan beliau akan menghadapi rintangan," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Malah, jika Najib turut didapati bersalah dalam kes-kes lain yang dihadapinya, maka pemimpin itu akan terus berdepan cabaran meskipun mendapat sokongan penuh UMNO, Perdana Menteri, dan Kerajaan.
"Penentuan dibenarkan atau tidak bergantung kepada Lembaga Pengampunan yang akan melihat isu-isu dan akan mendapat nasihat daripada Peguam Negara yang arif tentang kesan undang-undang dan perlembagaan," tambah beliau.
Beliau mengambil contoh kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberi pengampunan diraja selepas menjalani hukuman dan Perdana Menteri itu tidak mempunyai kes-kes lain di mahkamah.
"Dalam kes yang lepas, individu salah dan pertimbangan Agong adalah mereka yang sudah jalani hukuman dan tidak ada kes-kes lain di mahkamah.
"Misalnya Anwar sendiri yang diberi pengampunan oleh Agong setelah disokong Lembaga Pengampunan, serta setelah dijatuhkan hukuman dan tidak ada kes lain di mahkamah," kata Mazlan.
Tambahnya, rakyat perlu bersikap rasional dengan memberi peluang kepada UMNO serta pemimpin itu membuat rayuan dan Lembaga Pengampunan akan menimbang dari semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan.
"Jadi, beri peluang kepada UMNO dan Najib sebagaimana mengikut perlembagaan untuk mereka mencuba dan kita meletakkan kepada Lembaga Pengampunan untuk memberi pertimbangan yang sewajarnya," ujarnya lagi.
Rahimah Abdullah
Sat Apr 08 2023

Rayuan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka berdepan rintangan memandangkan bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai banyak kes mahkamah yang lain. -Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.