SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Pengampunan Diraja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengesahan itu sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa beliau akan menjadi salah seorang yang berada dalam Lembaga Pengampunan bagi permohonan berkenaan.
Menurutnya, tidak timbul sebarang konflik mengenai kedudukan beliau ketika ini untuk menjadi sebahagian daripada proses tersebut.
"Dia tidak berbangkit (konflik), soalnya proses mohon pengampunan dibenarkan oleh sesiapa tetapi tentunya kita akan patuh pada syarat dan peraturan.
"Walaupun saya akan berada dalam proses itu, akhirnya seperti yang saya tahu, soal penganugerahan pingat, soal pengampunan itu bawah budi bicara Yang-di Pertuan Agong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Pelancaran Program Kita Untuk Kita di PPR Kampung Baru Hicom di sini pada Sabtu.
BACA: MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
BACA: Rayuan pengampunan Najib: Tiada niat desak YDPA, kita simpati nasib bekas pemimpin - Zahid
Mengulas lanjut, Anwar menyatakan masih terlalu awal untuk beliau bercakap mengenai proses tersebut memandangkan ia masih lagi di peringkat awal.
"Masih terlalu awal, saya pun belum lihat apa-apa dokumen lagi setakat ini. Kita perlu lihat kes secara menyeluruh dah proses ini masih lagi dalam peringkat awal.
"Apa yang saya lihat buat masa ini cuma permohonan dari UMNO dan parti atau individu ada hak untuk buat rayuan," katanya lagi.
Pada Jumaat, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memohon pertimbangan agar Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi pengampunan penuh kepada Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd..
Dalam pasa itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tindakan itu juga tidak mempunyai sebarang niat untuk memberi tekanan kepada baginda.
Sebaliknya, ia lebih menjerumus kepada soal simpati terhadap bekas pemimpin itu.
Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.
Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.
Ini bermakna Najib kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi Pengampunan Diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
Hilmi Malik
Sat Apr 08 2023
Anwar berkata, tidak timbul sebarang konflik mengenai kedudukan beliau ketika ini untuk menjadi sebahagian daripada proses tersebut. - Gambar fail
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Keputusan sama ada Najib perlu bela diri kes 1MDB 30 Okt ini
Keputusan sama ada Najib yang menghadapi pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang dana 1MDB perlu membela diri atau tidak akan diputuskan 30 Okt ini.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah.
Rayuan Najib, anak tangguh prosiding bankrap didengar 6 Jan 2025
Rayuan Najib dan anak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka akan didengar pada 6 Jan tahun depan.
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
Najib: Tugas Lembaga Pengarah urus dana SRC
Najib berkata beliau mempercayai BOD untuk mengendalikan hal ehwal syarikat itu kerana ia terdiri daripada individu yang berkelayakan tinggi.
Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.
Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC
Najib berkata ini kerana Lembaga Pengarah SRC International adalah terdiri daripada individu yang mahir dan berkebolehan.
Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.