KUALA LUMPUR:Permohonan rayuan haji bagi pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini lebih mudah selepas perkara itu boleh dibuat menerusi dalam talian menggunakan aplikasi THiJARI.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, kemudahan terbaharu itu dibina bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat rayuan.
Katanya, rayuan itu akan dibuka bermula hari ini hingga 13 Februari tahun depan.
“Seperti tahun sebelumnya, lebih-lebih lagi ramai terkesan penularan COVID-19, rayuan haji dibuat menerusi permohonan surat rayuan yang perlu dihantar pejabat Tabung Haji, tetapi selepas ini tidak perlu lagi.
“Selain daripada rayuan haji, bakal haji juga boleh menyemak pendaftaran haji, status rayuan haji, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai lagi perkhidmatan lain seperti urusan simpanan dan pengeluaran melalui aplikasi itu,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Ditanya mengenai bakal haji yang kurang mesra kepada teknologi untuk menggunakan aplikasi itu, Zulkifli berkata, pihak Tabung Haji akan mengajar mereka yang tidak faham atau tidak tahu menggunakan kemudahan tersebut.
“Rayuan ini pula adalah mereka yang pernah memohon untuk melakukan ibadah haji dan sudah pasti maklumat berhubung prosesnya sudah diketahui sedikit sebanyak. Tidak semua akan merayu.
“Saya juga yakin, anak-anak yang cerdik pandai akan mudah mengakses aplikasi ini (bagi pihak bakal haji masing-masing),” jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Tue Dec 22 2020
![Rayuan haji kini lebih mudah menerusi aplikasi THiJARI Rayuan haji kini lebih mudah menerusi aplikasi THiJARI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608623098_ZilkifliMohamadAl.jpg)
ZULKIFLI: Sebelum ini, rayuan haji dibuat menerusi permohonan surat rayuan yang perlu dihantar pejabat Tabung Haji, tetapi selepas ini tidak perlu lagi. - Astro AWANI/Shahir Omar
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718966998_FuziahSalleh.jpg)
Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah
KPDN bersedia untuk membawa rayuan pengusaha trak penunda kenderaan supaya diberi pertimbangan mendapat subsidi diesel bagi mengurangkan beban kos operasi mereka.
![Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444928_tbAnwarIbrahim.jpg)
Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61688100556_PENGERUSIPERTUBUHAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan
![29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam 29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686896598_JSoosaimanicckam.jpg)
29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.
![Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715680834_ZulfarhanOsmanZulk.jpg)
Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat
Bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kecederaan terhadap Allahyarham Zulfarhan tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan mereka menerima kesan kejadian sepanjang hayat.
![Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713241051_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
![Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701929360_TBMASHUP.jpg)
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
![Rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar pada 18 Julai ini Rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar pada 18 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678868360_TBPETER.jpg)
Rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar pada 18 Julai ini
Peguam Emile Ezra Md Hussain, yang mewakili Peter, 53, mengesahkan perkara itu.
![Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntutan balas Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntutan balas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709212066_TanSriMuhammadSha.jpg)
Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntutan balas
Panel tiga hakim memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.
![Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 6 Mac Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 6 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705986599_TBkesrasuahIsa.jpg)
Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 6 Mac
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Mac untuk keputusan rayuan Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda bagi kesalahan rasuah.