PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin, untuk merujuk isu perlembagaan melibatkan Seksyen 106 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 ke Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan untuk meneruskan mendengar rayuan bekas Perdana Menteri (Najib) dan anaknya berhubung saman yang dikemukakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan tunggakan cukai pendapatan terhadap mereka.
"Kami tidak menyebelahi anda dalam permohonan ini, untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan isu perlembagaan melibatkan Seksyen 106 (3)," kata Hakim Abdul Karim kepada Muhammad Shafee.
Hakim Mahkamah Rayuan (Hakim Abdul Karim) berkata mahkamah lebih memihak untuk meneruskan rayuan tersebut yang turut merangkumi isu perlembagaan dan perkara lain.
Hakim Abdul Karim bersidang bersama Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Datuk Supang Lian kemudiannya menetapkan 9 Sept untuk mendengar rayuan itu.
Muhammad Shafee memohon untuk penangguhan perintah Mahkamah Tinggi sementara menunggu perbicaraan rayuan tetapi Hakim Abdul Karim berkata mahkamah tidak dapat memberikan penangguhan itu.
Pada prosiding hari ini yang diadakan secara dalam talian, Muhammad Shafee meminta Mahkamah Rayuan merujuk lima persoalan undang-undang termasuk kesahihan Seksyen 106 (3) kerana beliau berkata ia adalah isu penting.
Muhammad Shafee berkata beliau akan memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk korum hakim seramai lima atau tujuh orang, memutuskan mengenai isu perlembagaan termasuk persoalan sama ada Seksyen 106 (3) adalah tidak berperlembagaan dan ultra vires kerana ia telah merampas kuasa kehakiman mahkamah yang dijamin oleh Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Peguam Kanan Hasil Dr Hazlina Husain tidak bersetuju, mengatakan tiada kekaburan mengenai tafsiran Sekyen 106 (3) sambil menambah bahawa tiada apa-apa yang tidak berperlembagaan dalam seksyen itu.
Seksyen 106 (3) menyatakan mana-mana prosiding di bawah seksyen itu, mahkamah tidak perlu melayan sebarang rayuan bahawa jumlah cukai yang ingin didapatkan kerajaan antaranya sebagai berlebihan, dinilai secara tidak tepat, di bawah rayuan atau dinaikkan secara tidak tepat.
Najib dan Nazifuddin merayu terhadap keputusan dua Mahkamah Tinggi berasingan yang membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta (Nazifuddin).
Pada 22 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN mendapatkan penghakiman terus terhadap Najib dalam kes saman tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion daripada Najib bagi tempoh 2011 hingga 2017.
Najib gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 14 Jun lalu untuk menggantung pelaksanaan perintah penghakiman terus itu.
LHDN pada 4 Feb tahun ini, mengeluarkan notis kebankrapan terhadap Najib berikutan Ahli Parlimen Pekan itu gagal membayar jumlah tersebut.
Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967, seseorang yang diperintahkan membayar hutang itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun beliau memfailkan rayuan.
Sementara itu, Nazifuddin pula pada 6 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan beliau membayar tunggakan cukai berjumlah RM37.6 juta bagi tempoh 2011 dan 2017 selepas membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman terus.
Notis kebankrapan dikeluarkan kepadanya pada 30 April tahun ini selepas dia gagal membayar jumlah itu.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021

Hakim Mahkamah Rayuan berkata mahkamah lebih memihak untuk meneruskan rayuan tersebut yang turut merangkumi isu perlembagaan dan perkara lain. - Gambar fail

Polis tumpaskan dua sindiket pengedaran, rampas dadah bernilai RM6.3 juta
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan KLIA pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.
#AWANIRingkas 4 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Mac 2025
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
AWANI Borneo [4/3/2025] – Infrastruktur padi | Projek JPS | Pengambilalihan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Lelaki ditahan kes ugutan jenayah ketika mesyuarat agung parti politik
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah semasa mesyuarat agung tahunan sebuah parti politik di Kuala Selangor, Sabtu lepas.
Elak pembaziran, peniaga sedekah kepada golongan memerlukan
Peniaga di bazar Ramadan, Jalan Pantai, Pusat Bandar Sandakan bersedekah dengan memberikan jualan yang tidak habis dijual kepada masjid dan surau termasuk golongan gelandangan.
Caruman pekerja asing lindungi kepentingan pekerja tempatan
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Tiga penyampai Radio Era mohon maaf secara terbuka
Astro Audio menggantung tiga penyampai Radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.
Runner' warga asing ditahan bersama dua kilogram syabu
‘Runner’ dadah warga asing ditahan bersama dua kilo syabu

Enam individu dirakam keterangan kes guru didakwa jalin hubungan dengan murid
Polis berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain.

Polis Johor potong bekalan elektrik 470 premis judi dalam talian
Sebanyak 470 premis judi dalam talian di Johor dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dari Januari 2024 hingga 26 Feb lepas.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.

Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta
Pencapaian itu hasil kerjasama strategik antara unit, cawangan dan bahagian JKDM melalui pelaksanaan pendekatan Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI).

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.

Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.