LAHAD DATU:Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak comel yang dilahirkan dalam keadaan normal membesar dengan ceria tiba-tiba jatuh sakit dan kini terlantar menderita penyakit yang boleh membawa maut.
Anak mereka Muhammad Rayhan Jilhan yang baru berusia lima tahun disahkan menghidap hidrosefalus tahap empat iaitu penyakit penumpuan cairan di rongga otak sehingga meningkatkan tekanan pada otak dan pembengkakan di kepala.
Ibunya, Julianah Mad Salli, 36, berkata anaknya itu lahir dan membesar normal seperti kanak-kanak lain tanpa sebarang tanda akan sakit sehinggalah Rayhan tiba-tiba rebah pada bulan November, 2019 lalu dan doktor mengesahkan penyakit yang dihidapinya sudah ditahap kritikal.
Menurut Julianah, anaknya itu telah menjalani beberapa rawatan membuang lebihan air pada kepala dan ditahan di wad untuk beberapa waktu dan kini meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah kerana penyakit tersebut sudah mencapai tahap empat.
"Saya sentiasa berdoa mudah-mudahan Allah S.W.T bagi dia panjangkan umur dia bagi dia kesihatan hilangkan dia punya ketumbuhan di kepala kalau tiada pun harapan kalau dia diambil dengan cepat tanpa dia rasa sakit tanpa dia rasa seksa macam sekarang ini sebab doktor kata sudah tiada harapan lagi jadi kami berharap kalau ada keajaiban," katanya ketika ditemui dikediamannya di sini oleh Astro AWANI.
Rayhan sekarang hanya terlantar di rumah tidak sedarkan diri, tidak dapat makan dan cuma dimasukkan susu dari hidung untuk mengganti makanan serta memerlukan lampin pakai buang.
Bapa Rayhan, Jillhan Jillan, 35, kini tidak berkerja kerana terpaksa bergilir-gilir dengan isteri menjaga Rayhan yang merupakan adik bongsu dan empat orang lagi adik beradiknya.
Menurut Jilhan, mereka sekarang terbeban untuk menampung kos beli susu, lampin pakai buang dan ubat-ubatan termasuk belanja dapur.
"Saya sebelum ini ada jalankan perniagaan kecil-kecilan seperti mencuci kereta bergerak iaitu dipanggil go and go car wash.
"Selepas PKP pertama itu saya sudah mula buat perniagaan namun malangnya kita di negeri ini terkena balik wabak virus COVID-19 ini dan kita dikenakan PKP lagi kembali dan mulai daripada itu sumber pendapatan saya telah terputus," katanya.
Kepada sesiapa yang simpati dan ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung dengan Jilhan Jillan di talian +6011-15455633 dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Alliance Bank (Jilhan Jillan) Nombor Akaun: 600700020113802
Zulhafiiz Brahim
Sun Feb 14 2021
Menurut Julianah, anaknya itu telah menjalani beberapa rawatan membuang lebihan air pada kepala dan ditahan di wad untuk beberapa waktu. - Foto Asro AWANI
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Nasib adik Rayhan dapat perhatian JPM dan YADIM
Nasib Muhammad Rayhan Jilhan yang menghidap 'Hidrosefalus' mendapat perhatian daripada Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Rayhan terlantar menghidap hidrosefalus, ibu bapa berdoa harap ada keajaiban
Muhammad Rayhan Jilhan yang baru berusia lima tahun disahkan menghidap hidrosefalus tahap empat iaitu penyakit penumpuan cairan di rongga otak.