BALIK PULAU: Hujan lebat lebih yang berterusan selama tiga jam menyebabkan ratusan buah rumah di Teluk Kumbar, Balik Pulau dan Teluk Bahang dinaiki air hingga setengah meter berikutan banjir kilat hari ini.
Hujan lebat sejak 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan raya terutama di Pulau Betong, Balik Pulau tidak boleh dilalui dengan kenderaan ringan kerana air melimpahi jalan dengan arus kuat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Mohd Tuah Ismail berkata antara kampung yang dilanda banjir ialah Sungai Burung, Kampung Terang, Titi Teras, Taman Seri Indah dan Pulau Betong dengan setiap kampung atau taman membabitkan lebih 20 rumah dan ada kediaman dimasuki air hingga hampir satu meter.
"Selepas menerima maklumat berhubung kejadian banjir kilat, saya terus turun memantau dan setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan namun mereka telah mengambil langkah segera dengan menyelamatkan barangan terutama peralatan elektrik di rumah masing-masing.
"Ada rumah dilanda banjir hingga paras pinggang orang dewasa iaitu kira-kira satu meter dan beberapa jalan raya turut dinaiki air hingga paras lutut dengan arus deras, ia berbahaya kepada kenderaan ringgan seperti motosikal. Saya minta semua orang lebih berhati-hati kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Tuah berkata sehingga 6 petang ini, hujan masih renyai-renyai dan pasukannya masih memantau kawasan terjejas bagi melihat bantuan keperluan yang diperlukan penduduk.
Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Syukri Razak, 50-an yang tinggal di Pulau Betong berkata, dia dan ahli keluarga lain bertungkus-lumus memindahkan perabot serta barangan elektrik ke tempat lebih tinggi kerana bimbang keadaan banjir boleh menjadi lebih buruk.
Katanya, air mula naik dan memasuki rumah sekitar 4.30 petang tadi berikutan hujan lebat tanpa henti dan dia bernasib baik kerana sempat memindahkan barangan elektrik ke tingkat atas rumah dua tingkatnya.
"Air mula naik di pekarangan rumah hingga ke paras lutut sebelum masuk ke dalam rumah, walaupun hujan telah mula renyai sejak 6 petang namun banjir tidak menunjukkan surut. Jika keadaan makin teruk kami mungkin pindah ke pusat pemindahan kerana bimbang keselamatan," katanya.
Sementara itu, ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata puluhan rumah di Teluk Kumbar di sini turut dilanda banjir kilat dan pusat pemindahan transit untuk mangsa banjir telah dibuka di Dewan Al Barakah, Masjid Maqbul Teluk Kumbar.
"Saya telah maklumkan kepada penduduk yang rumah mereka dilanda banjir agar berpindah segera kerana banjir kilat agak luar biasa ini menjejaskan sekitar 300 buah keluarga berikutan hujan lebat dan berpanjangan," katanya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang memantau situasi banjir dikawasan terlibat dan akan membantu memindahkan mangsa banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
![Ratusan rumah di Balik Pulau, Teluk Kumbar, Teluk Bahang dilanda banjir kilat Ratusan rumah di Balik Pulau, Teluk Kumbar, Teluk Bahang dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629295126_TBBANJIRPULAUPINANG.jpg)
Hujan lebat sejak 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan raya terutama di Pulau Betong, Balik Pulau tidak boleh dilalui dengan kenderaan ringan kerana air melimpahi jalan dengan arus kuat. - Gambar/ Media sosial
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pasaran getah ditutup tinggi Pasaran getah ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau dan sentimen yang lebih baik.
![Banjir kilat: Mangsa dipindahkan, 5 PPS dibuka di Port Dickson, Rembau Banjir kilat: Mangsa dipindahkan, 5 PPS dibuka di Port Dickson, Rembau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723437725_BanjirkilatPortD.jpg)
Banjir kilat: Mangsa dipindahkan, 5 PPS dibuka di Port Dickson, Rembau
Sebanyak 75 mangsa daripada 23 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir kilat di Port Dickson dan Rembau.
![Masjid Tanah tenggelam, banjir kilat terburuk sejak 10 tahun Masjid Tanah tenggelam, banjir kilat terburuk sejak 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723423197_MasjidTanahAlor.jpg)
Masjid Tanah tenggelam, banjir kilat terburuk sejak 10 tahun
Pergerakan air yang terlalu pantas menyebabkan ada antara mereka terkandas lebih empat jam untuk pulang ke rumah.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Ogos 2024.
![Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723383125_Banjirkilat.jpg)
Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS
APM menjangka terdapat pertambahan jumlah mangsa malam ini berikutan PPS SK Sungai Jernih masih dalam proses mendaftarkan mangsa.
![Empat kawasan di Masjid Tanah dilanda banjir kilat Empat kawasan di Masjid Tanah dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723368465_banjir.jpg)
Empat kawasan di Masjid Tanah dilanda banjir kilat
APM kini dalam proses memindahkan mangsa ke dua PPS iaitu di PPS Balai Raya Paya Lebar dan PPS Balai Raya Seri Tanjung.
![Pasaran getah ditutup rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan Pasaran getah ditutup rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin di tengah-tengah kebimbangan terhadap permintaan getah asli, kata seorang peniaga.
![8 maut, 19 hilang akibat banjir kilat dan tanah runtuh di barat daya China 8 maut, 19 hilang akibat banjir kilat dan tanah runtuh di barat daya China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722774712_TBbridgecollapse.jpg)
8 maut, 19 hilang akibat banjir kilat dan tanah runtuh di barat daya China
Lapan orang terbunuh dan 19 lagi dilaporkan hilang setakat 2.30 petang Ahad selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda bandar Kangding di Provinsi Sichuan, barat daya China.
![Pasaran getah ditutup tinggi Pasaran getah ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri penurunan dua hari berturut-turut dengan ditutup tinggi hari ini.
![11 maut, lebih 30 hilang selepas jambatan di China runtuh akibat hujan lebat 11 maut, lebih 30 hilang selepas jambatan di China runtuh akibat hujan lebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721465754_highwaybridge.jpg)
11 maut, lebih 30 hilang selepas jambatan di China runtuh akibat hujan lebat
Runtuhan itu menyebabkan beberapa kenderaan terjunam ke dalam Sungai Jinqian di bawah jambatan berkenaan.