KANGDING: Lapan orang terbunuh dan 19 lagi dilaporkan hilang setakat 2.30 petang Ahad selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda bandar Kangding di Provinsi Sichuan, barat daya China, kata pihak berkuasa tempatan.

Xinhua melaporkan bahawa bencana itu berlaku kira-kira 3.30 pagi Sabtu di Kangding, Wilayah Autonomi Tibet Garze, yang menyebabkan jambatan terowong roboh dan memusnahkan rumah di Kampung Ridi.

-- BERNAMA