Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya selama enam hari lagi bagi membantu siasatan kes rasuah.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki itu bermula esok sehingga 5 Okt ini.
Bagaimanapun, seorang lagi suspek, yang juga sepupu Abdul Azeez, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman.
Kesemua suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula Rabu lepas bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
BACA: Azeez Rahim, dua lagi direman 4 hari
BACA: Wang tunai, barang kemas isteri Azeez Abdul Rahim dirampas SPRM
Menurut jurucakap SPRM, Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi Selasa lepas di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, selepas hadir memberi keterangan.
Katanya SPRM menahan abang Abdul Azeez setengah jam kemudian di sebuah lokasi di Sungai Buloh, Selangor, manakala sepupu mereka yang juga seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun, ditahan pada 5.30 petang hari yang sama di Putrajaya.
Terdahulu, ketibaan Abdul Azeez pada pukul 9.30 pagi dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari, disambut oleh kira-kira 120 penyokongnya yang menunggu di perkarangan mahkamah sejak pukul 8.00 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 29 2018
Ketibaan Abdul Azeez pagi ini dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari, disambut oleh kira-kira 120 penyokongnya yang menunggu di perkarangan mahkamah sejak pukul 8.00 pagi. - Gambar hiasan
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama
Kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.
PM ucap takziah kepada Muhyiddin
Anwar merakamkan ucapan takziah kepada Muhyiddin dan keluarga atas pemergian Abdul Aziz Mohd Yassin.
Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu
Polis berjaya menahan lelaki itu di Genting Highlands, Pahang kira-kira jam 7.45 malam tadi.
Jeti runtuh: 'Saya hanya mampu panggil nama abang sambil menangis'
Ketika kejadian tiupan angin laut agak kuat sebelum pondok jeti tersebut runtuh secara tiba-tiba.
Pahang tawar rumah kepada 8 beradik yatim piatu akibat COVID-19
Kerajaan Pahang hari ini menawarkan untuk membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) secara percuma kepada lapan beradik yang kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19 minggu lepas.
Abang Menteri Besar Negeri Sembilan meninggal dunia
Ismail Harun, 75, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.
Cuba lerai 'perang mulut' abang dan kakak, pipi adik cedera terkena pisau
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, abang mangsa dikatakan mengamuk selepas dilarang pergi ke Kota Kinabalu oleh ibu mereka.
Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dikhuatiri lemas akibat tergelincir di sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, dekat sini, petang tadi.
Gelaran 'abang' mencermin hubungan peribadi, bukan Malaysia-China - Hishammuddin
Hishammuddin juga menegaskan bahawa Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik dalam melaksanakan dasar luar negara.
Adik direman bantu siasatan kes abang mati rentung
Suspek berusia 34 tahun yang bekerja sendiri ditahan di rumahnya dekat sini, malam tadi.