KUANTAN: Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dihukum penjara sebulan dan didenda RM210,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM42,000 pada Disember 2013.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut mengarahkan Shaiful Azman Taha, 45, dipenjara 10 bulan bermula hari ini, sekiranya gagal membayar denda itu.
Shaiful Azman yang ketika itu berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Kementerian Kerja Raya Pahang didakwa menerima suapan daripada juruteknik Syarikat NZH Murni Enterprise Hamdan Mat Hasan di rumahnya di Taman Pelindung Jaya, di sini, antara pukul 3 hingga 4 petang, 21 Dis 2013.
Suapan berbentuk wang tunai itu didakwa sebagai dorongan kepada tertuduh untuk mengeluarkan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera kepada syarikat tersebut.
Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menerusi Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 14 Feb 2018, tertuduh dihadapkan di mahkamah sama mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Terdahulu, peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon hukuman ringan dikenakan atas alasan anak guamnya telah ditahan kerja dan berpendapatan RM2,500 sebulan menanggung keluarga serta dua anak yang masih bersekolah.
Mohd Baharuddin juga memaklumkan Shaiful Azman menghidapi masalah kemurungan serius dan akan kehilangan keistimewaan sebagai penjawat awam selepas 14 tahun berkhidmat.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rifah Izzati Abdul Mutalif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman dengan mengambil kira kepentingan awam selain tindakan tertuduh yang telah mencalarkan imej dan integriti penjawat awam. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dihukum penjara sebulan dan didenda RM210,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM42,000 pada Disember 2013.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Rasuah: Jurutera dihukum penjara sebulan, denda RM210,000
Suapan RM42,000 itu didakwa sebagai dorongan kepada tertuduh untuk mengeluarkan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera.