Empat anggota polis dihukum penjara tiga tahun dan denda RM45,000 masing-masing selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM8,000, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Habibah Mohamed Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Koperal Mazlan Mohd Noh, 36; Konstabel Mohd Firdaus Abdullah, 26; Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 33 dan Lans Koperal Mohd Azmie Majid, 31.
Beliau menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan juga memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara selama dua tahun, jika gagal menjelaskan denda.
Bagi pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa menerima rasuah berjumlah RM7,000 daripada Abdul Wahab Makhtar sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap anaknya Mohd Syafiq yang memandu lori tanpa permit dan lesen membawa kayu getah.
Mereka yang semasa itu bertugas di Balai Polis Muadzam Shah, Rompin dekat sini juga didakwa meminta rasuah RM1,000 daripada Abdul Wahab atas alasan yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2 hingga 4 pagi, 18 Dis 2014 di Kedai Makan Sri Muadzam Ikan Bakar, Rompin.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Pada prosiding itu, Habibah juga membenarkan permohonan peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili kesemua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana tertuduh berhasrat memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Berikutan itu, beliau menetapkan jaminan ke atas semua tertuduh sebanyak RM5,000 yang ditetapkan sebelum ini dinaikkan kepada RM7,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamri yang mengemukakan 17 saksi sepanjang perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2017
Kesemua tertuduh yang semasa itu bertugas di Balai Polis Muadzam Shah, Rompin juga didakwa meminta rasuah RM1,000 daripada Abdul Wahab. - Gambar hiasan
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Rasuah: Empat anggota polis dipenjara, denda
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Koperal Mazlan Mohd Noh, 36; Konstabel Mohd Firdaus Abdullah, 26; Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 33 dan Lans Koperal Mohd Azmie Majid, 31.