Seorang pegawai kanan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka, dibebaskan hari ini.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pegawai polis berpangkat DSP itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000.
Lelaki berumur 49 tahun itu adalah individu ke-12 ditahan pada 22 Mei bagi membantu siasatan kes tersebut.
Setakat ini, 13 individu ditahan SPRM termasuk sembilan pegawai dan anggota polis berkaitan siasatan kes berkenaan.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Harm, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Harm 2001.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret membenarkan tujuh anggota polis termasuk dua ketua polis daerah yang bertugas di Melaka dan tiga orang awam dibebaskan dengan jaminan iaitu setiap anggota polis masing-masing sebanyak RM50,000 manakala setiap orang awam RM100,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.
Dua lagi iaitu seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang pemandu van yang didakwa menjadi orang tengah mengutip wang perlindungan masih direman.
Pemandu van direman sehingga sehingga 30 Mei manakala pegawai polis berpangkat ASP sehingga 31 Mei bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017
Lelaki berumur 49 tahun itu adalah individu ke-12 ditahan pada 22 Mei bagi membantu siasatan kes tersebut. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Rasuah di Melaka: Pegawai kanan polis bebas dengan jaminan SPRM
Seorang pegawai kanan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang direman tujuh hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan mengutip wang.