MELAKA:Seorang bekas penolong jurutera mekanikal dipenjara empat tahun dan didenda RM341,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan menerima suapan, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Hairudin Ngadiron, 45, yang sebelum ini bertugas di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bakri, Muar selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Mengikut lima pertuduhan terhadapnya, tertuduh didapati menerima suapan berbentuk pengubahsuaian rumah daripada pengurus SMR Cahaya Enterprise membabitkan nilai keseluruhan RM61,686.72.
Suapan berkenaan diterima sebagai upah membantu mendapatkan kerja-kerja di tempatnya bertugas di maktab berkenaan.
Tertuduh turut berdepan satu pertuduhan lain dan didapati menerima suapan bayaran membaiki kenderaan jenis Toyota Landcruiser Prado bernilai RM4,200 dari syarikat sama.
Kesemua kesalahan itu dilakukan dalam enam transaksi berasingan di Sungai Rambai Melaka dan Parit Keroma, Muar, Johor antara Januari hingga April 2017 lalu.
Justeru, tertuduh yang kini bekerja di sebuah kebun sawit, didakwa mengikut seksyen 16(a)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Razak Sharif pada hujahannya merayu hukuman diringankan memandangkan ini kesalahan pertama selain tertuduh kini hanya bekerja di kebun sawit dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zender Lim Wai Keong dan pegawai pendakwa Norsyarina Raizan bagaimanapun menegaskan kesalahan rasuah seolah-olah sudah menjadi suatu ‘norma baharu’ di negara ini.
Ujarnya, hukuman berat wajar diberikan sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, tetapi kepada masyarakat secara keseluruhannya selain sekiranya isu rasuah ini tidak dipandang serius, ia hanya akan menggagalkan usaha memajukan negara.
Sejurus mendengar hujahan kedua pihak, Mohd Nasir pada penghakimannya kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua hingga empat tahun serta denda RM22,000 hingga RM145,000 bagi setiap enam pertuduhan berkenaan serta penjara tambahan 36 bulan sekiranya gagal melunaskan kesemua jumlah denda.
Mohd Nasir bagaimanapun kemudian menetapkan jaminan RM50,000 selepas pihak pembelaan merayu penangguhan hukuman dengan mengemukakan notis rayuan kepada mahkamah tinggi dalam tempoh tujuh hari
Tertuduh turut diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka.
Seramai 46 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dikemukakan sejak awal kes berjalan pada Oktober 2018 lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Oct 23 2020
Hairudin Ngadiron dipenjara 14 tahun dan didenda RM341,000 oleh Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, hari ini kerana menerima rasuah. - Foto BERNAMA
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Israel lancarkan serangan peluru berpandu ke atas kilang kereta Iran di Homs, Syria - Pemantau
Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Terima rasuah RM10,000: Dua penjawat awam ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.
Penjawat awam ditahan rasuah lulus ujian memandu
SPRM Perak menahan seorang lelaki selepas disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah berjumlah RM750 daripada seorang calon ujian memandu.
Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman
Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka.
Pembantu penguasa kastam dituduh 90 kali terima rasuah
Seorang pembantu penguasa kastam berhadapan 90 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM84,800 daripada sebuah syarikat pengangkutan kargo.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Dua pegawai penguat kuasa direman empat hari
Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM500 sebulan
SPRM Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa, disyaki menerima wang rasuah RM500 sebulan berjumlah RM4,000 daripada syarikat pengurup wang berlesen.
Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan
Suspek yang berkerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah pada 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.