SEREMBAN: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600 antara 2018 hingga 2022.
Razali Ahmad, 41, yang kini bertugas sebagai Penolong Penguasa Imigresen di Unit Persenjataan, Bahagian Penguatkuasaan membuat pengakuan tersebut sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, Razali yang pada waktu kejadian bertugas di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan di Ibu Pejabat JIM Putrajaya, didakwa menerima wang keseluruhan RM7,600 daripada seorang individu melalui pindahan wang dalam talian ke akaun miliknya serta mengetahui individu tersebut mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Nilai antara 25 Dis 2018 hingga 7 Jun 2022 dan beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh diwakili peguam Low Carmen.
Terdahulu, Rifah Izzati memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan dan pasport tertuduh disimpan mahkamah sehingga kes selesai.
Low kemudian meminta mahkamah mengenakan wang jaminan paling minimum atas alasan anak guamnya hanya berpendapatan kasar RM4,200 sebulan selain perlu menyara isteri dan empat anak serta ibu mertua berusia 64 tahun.
"Dia juga perlu menanggung perbelanjaan keluarga yang tinggi. Selain itu, syarat tambahan pasport diminta dikecualikan kerana sebagai ketua Unit Persenjataan, beliau perlu ke luar negara dalam tempoh dua ke tiga kali setahun untuk menguji peluru," katanya.
Meor Sulaiman kemudian membenarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 23 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Razali Ahmad (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 10 pertuduhan menerima rasuah. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mengaku salah terima suapan RM12,000, pegawai Imigresen 'meraung' dihukum penjara 30 hari
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia meraung ketika dipeluk abang dan kakaknya selepas dijatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20,000.

SPRM rampas empat kereta mewah dipercayai milik kakitangan kerajaan Gred KP19
Mengejutkan, apabila seorang kakitangan kerajaan gred KP 19 mampu memiliki empat buah kereta mewah seperti Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover serta Audi.

Pemalsuan cap sempadan: Empat lagi individu ditahan SPRM termasuk seorang pegawai Imigresen
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan sindiket rasuah dalam Pemalsuan Cap Sempadan di pintu masuk antarabangsa negara.

Pegawai Imigresen kasari warga asing berdepan tindakan buang kerja
Pegawai Imigresen yang bertindak kasar ke atasseorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan tersebut di Johor boleh dikenakantindakan disiplin termasuk dibuang kerja.