KOTA BHARU: Seorang pembantu penguasa kastam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas 90 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM84,800 daripada sebuah syarikat pengangkutan kargo dalam tempoh enam tahun bermula 2017 hingga 2023.
Tertuduh, Ahmad Emin Nazrul Ahmad Nazrin, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan-pertuduhan itu, tertuduh sebagai ejen di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) iaitu Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 yang bertugas di JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri suapan antara RM50 hingga RM4,100 daripada pemilik syarikat pengangkutan terbabit yang berusia 38 tahun bermula 20 Mei 2017 hingga 3 September 2023.
Suapan diterima secara beransur-ansur melalui 90 transaksi dalam talian ke akaun banknya di Jalan Mahmood, di sini, sebagai dorongan untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu tidak memeriksa lori-lori milik syarikat yang membawa keluar barang dari kargo KLIA.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjarakan selama tempoh maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi perkara kesalahan itu, jika suapan itu boleh dinilai atau bersifat kewangan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd ‘Afif Ali manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Adhwa’ Afiqah Mohd Azmi.
Prosiding mengambil masa sejam bermula 10 pagi untuk kesemua pertuduhan selesai dibacakan.
Sebelum itu, Mohd ‘Afif menawarkan jaminan RM40,000 kepada tertuduh dan tertuduh melalui peguamnya merayu agar jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama baik kepada SPRM dan menyerah diri sebelum dihadapkan ke mahkamah berkenaan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 20,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh menjelaskan jaminan terbabit.
Tertuduh yang kini bertugas di Pejabat Kastam Kelana Jaya, Selangor tersebut turut dikenakan syarat tambahan iaitu tidak boleh mengganggu saksi-saksi pendakwaan dan dirinya atau wakil tidak boleh mengakses komputer kastam atau dokumen berkaitan selain menyerahkan pasport kepada pihak berkuasa serta melapor diri di Pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Julai ini.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 04 2024

Ahmad Emin Nazrul (tengah) ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Selasa. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembantu penguasa kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Tertuduh, Solehuddin Isa, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Pembantu penguasa kastam dituduh 90 kali terima rasuah
Seorang pembantu penguasa kastam berhadapan 90 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM84,800 daripada sebuah syarikat pengangkutan kargo.