KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap, tiga tahun lepas.
Muhamad Alif Abdul Jamal, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Menurut pertuduhan, Muhamad Alif yang ketika itu bertugas di Lokap Balai Polis Chukai didakwa menerima suapan RM1,000 pada 17 April 2021 dan RM450 pada 30 Nov tahun sama daripada Jainah Mohamed Abdullah untuk membawa masuk tembakau ke dalam lokap balai polis terbabit kepada Mohd Firdaus Mohd Zahid.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa Nur Raihan Mohd Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.
Mariah mencadangkan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengemukakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mendekati saksi pendakwaan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri pada SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.
Masliela merayu agar anak guamnya ditawarkan jaminan yang rendah memandangkan anak bongsu kepada tiga beradik itu menanggung ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan.
Hakim Mohd Azhar seterusnya mengarahkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan pasukan pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 5 Jun ini sebagai tarikh pengurusan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Muhamad Alif Abdul Jamal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. - Foto Bernama
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.