KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan jaminan makanan untuk rakyat dalam keadaan yang stabil seiring dengan pelaksanaan rasionalisasi diesel yang dilakukan pada tahun hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Menurutnya langkah penyasaran semula subsidi penting untuk memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi, selain mengukuhkan kedudukan fiskal.
Rafizi berkata ketika ini terdapat usaha meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat berhadapan dengan impak inflasi, dengan jangkaan inflasi bagi 2024 adalah sekitar 2.1 peratus hingga 3.6 peratus.
Menurutnya kumpulan wajaran yang menyumbang kepada kadar inflasi adalah barang makanan.
"Sebagai contoh, kita juga lihat usaha kerajaan dalam melaksanakan inisiatif usahawan tani di bawah inisiatif pendapatan rakyat yang bertindak sebagai serampang dua mata bagi memastikan kumpulan sasaran mempunyai pendapatan yang mencukupi.
"Tetapi pada masa sama, kita kena pastikan bekalan untuk tahun hadapan adalah lebih terjamin," katanya ketika menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai kenaikan harga barang akibat rasionalisasi harga diesel pada tahun hadapan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Jawapan itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Rafizi berkata, langkah penyasaran semula subsidi penting untuk memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi, selain mengukuhkan kedudukan fiskal. - Gambar fail
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Sikap positif PM gambaran keterbukaan terima kritikan
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan perdana menteri dalam menerima kritikan.
Persiapan berjalan sepanjang tahun, gembleng kerjasama komuniti
Paling dititikberatkan ialah penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan baik, menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan kerajaan pusat, negeri, tempatan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Rasionalisasi subsidi diesel: Kerajaan pastikan jaminan makanan stabil - Rafizi
Kerajaan akan memastikan jaminan makanan untuk rakyat dalam keadaan yang stabil seiring dengan pelaksanaan rasionalisasi diesel yang dilakukan pada tahun hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Hubungan Malaysia-UAE di landasan betul, banyak bidang dan peluang untuk diteroka
UAE ialah antara 20 destinasi eksport utama Malaysia selain menjadi antara pasaran yang paling pesat berkembang untuk eksport Malaysia.
Mat Sabu beri komitmen bawa isu CPTPP kepada Kabinet - Nurfitri
Forum Kedaultan Makanan Malaysia gesa kerajaan nilai CPTPP yang beri kesan kepada sektor pertanian negara.