MELAKA: Melaka menawarkan tarikan pelancongan baharu, menelusuri Sungai Rembau dan Sungai Linggi di Masjid Tanah, Alor Gajah sepanjang 15 kilometer, yang diperkenalkan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Diangkat sebagai Pusat Eko Pelancongan Paya Lebar, sungai dikelilingi hutan paya bakau serta habitat hampir 1,400 ekor buaya serta hidupan liar lain seperti memerang, biawak dan pelbagai spesis burung itu akan memberikan pengalaman berbeza berbanding menelusuri Sungai Melaka yang sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong seluruh dunia.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata dua bot disediakan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi 'Eco Cruise Sungai Linggi' berkapasiti 20 penumpang untuk memberikan pengunjung merasai keindahan panorama hutan paya bakau.
Beliau berkata bot yang berpangkalan di Jeti Paya Lebar itu akan beroperasi tiga hari seminggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad serta boleh ditempah khas pada hari biasa.
"Sudah pastinya perkhidmatan bot selama tiga jam perjalanan pergi dan balik ini akan membawa pengunjung melewati sungai yang menjadi habitat buaya, Taman Lokan serta keindahan panorama hutan bakau yang menakjubkan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Selain itu, Hameed Mytheen berkata hampir 100 bot nelayan di empat jeti sekitar kawasan itu iaitu Jeti Teluk Berembang, Jeti Paya Lebar, Jeti Tebing Urut dan Jeti Ramuan China Kecil yang telah siap dinaik taraf membabitkan peruntukan RM250,000 juga bersedia membawa pelancong.
"Secara purata hampir 30 bot akan disewa daripada nelayan oleh pengunjung sama ada untuk pergi memancing atau menikmati keindahan alam semula jadi di sepanjang Sungai Rembau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau ini pada setiap minggu dan kita jangka, jumlah itu akan bertambah sepanjang TMM 2024," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Datuk Murad Husin berkata beberapa bot menelusuri Sungai Melaka diberikan wajah baharu bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung di laluan penuh bersejarah di Banda Hilir di sini sempena TMM 2024.
"Bagi memeriahkan TMM 2024, beberapa bot diberi wajah baharu dengan imej menarik seperti Upin dan Ipin, produk makanan dan logo korporat penaja berbanding sebelum ini yang hanya dicat biru dan perubahan ini kita percaya akan menarik pengunjung menggunakan perkhidmatan river cruise ini," katanya.
Beliau berkata laluan sepanjang 4.5 km yang diberi jolokan The Venice of the East itu akan dikendalikan 33 jurumudi termasuk sembilan wanita, dengan sasaran sejuta pengunjung menggunakan perkhidmatan pengangkutan air tersebut yang didatangkan dalam pelbagai pakej.
Menurutnya antara promosi ditawarkan PPSPM adalah Pakej Keluarga TMM 2024 yang meliputi empat agensi iaitu River Cruise Melaka, Zoo Melaka, Perbadanan Muzium Melaka dan Menara Taming Sari bagi memberi peluang pengunjung merasai pelbagai pengalaman menerusi satu pakej tiket dengan harga lebih murah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023

Dua bot disediakan bagi 'Eco Cruise Sungai Linggi', berkapasiti 20 penumpang, untuk memberikan pengunjung merasai keindahan panorama hutan paya bakau. - Gambar Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.

Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.