Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 melibatkan 17,353 peserta berjalan lancar di Dataran Putrajaya hari ini.
Berlangsung dalam cuaca cerah, setiap kontinjen termasuk daripada sektor awam, pelajar serta anggota pasukan keselamatan menampilkan elemen patriotrisme dan menolak rasuah seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih'.
Selain pertunjukkan aset keselamatan, raptai terakhir turut tertumpu kepada persembahan padang dan pergerakan formasi manusia membabitkan 4,300 pelajar sekolah dari Kuala Lumpur dan Selangor yang diselia Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Raptai dua jam itu turut disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, timbalannya Eddin Syazlee Shith dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Suriani Ahmad.
Orang awam juga dilihat mengambil peluang menyaksikan perjalanan raptai itu.
Bercakap kepada pemberita, Suriani berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan raptai penuh itu serta komitmen yang ditunjukkan para peserta.
Beliau berkata penglibatan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengetuai perarakan Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam merupakan sesuatu yang baharu ditampilkan pada sambutan kemerdekaan ke-62 itu.
Pelajar sekolah yang membuat persembahan grafik manusia juga berjaya melaksanakan tugas berat itu dengan cemerlang, yang memberi nilai tambah kepada keseluruhan persembahan.
"Saya amat berpuas hati dengan kelancaran raptai dan yakin persembahan akan menjadi lebih mantap pada hari sebenar sambutan," katanya, sambil menambah sebanyak 221 aset darat serta 55 pesawat pengangkut dan pejuang turut mengambil bahagian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019

Pelajar sekolah dan wakil Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ketika melakukan raptai penuh bagi sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kempen Pembudayaan Norma Baharu KKMM bermula di Rumah Panjang Akat
Rumah Panjang Akat terpilih sebagai destinasi pertama Kempen Pembudayaan Norma Baharu.

Raptai penuh Hari Kebangsaan 2019 berjalan lancar
Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 melibatkan 17,353 peserta berjalan lancar di Dataran Putrajaya hari ini.

Kementerian cadang hapus hukuman buang sekolah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar hukuman buang sekolah dihapuskan.