Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar hukuman buang sekolah sedia ada dihapuskan dan digantikan dengan kelas pemulihan atau peralihan buat murid sekolah yang berrmasalah atau berhadapan masalah disiplin.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Rohani Karim, ia adalah bagi memberi impak jangka panjang kepada masa depan seseorang remaja dalam memastikan mereka mendapat peluang memperbaiki hidup dan kembali kepada masyarakat.
Cadangan itu dibacakan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Suriani Ahmad yang mewakili Rohani dalam sesi 'townhall' peringkat kementerian yang mengupas tajuk ‘Kepedulian Kebejatan Sosial’ yang diadakan hari ini di Institut Sosial Malaysia.
“Peluang kedua perlu bagi kanak-kanak atau remaja yang telah melakukan kesalahan. Ini adalah kerana mereka masih dalam fasa perkembangan fizikal, mental dan emosi.
“Dalam keadaan yang lebih ekstrem, iaitu bagi kanak-kanak yang telah ditahan atas satu kesalahan, kementerian dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia sedang meneliti kebarangkalian bagi melaksanakan program Diversion,” katanya.
Antara yang dibincangkan dalam sesi berkenaan adalah isu melibatkan kumpulan sasar iaitu wanita, kanak-kanak, keluarga, OKU dan warga emas.
Dalam pada itu, kementerian juga berharap agar peningkatan sehingga 59 peratus penglibatan wanita dalam tenaga kerja menjelang 2020 dapat dicapai selaras dengan banyak inisiatif yang disediakan bagi membolehkan wanita kekal dalam tenaga kerja.
Sesi hari ini turut dihadiri oleh kumpulan sasar KPWKM, ahli akademik, aktivis sosial dan pegawai awam dan swasta yang antara lain memberi peluang kepada peserta bersuara terus dengan kementerian mengenai isu atau masalah berkenaan kebejatan sosial.
Input daripada peserta akan diserahkan kepada unit penyelarasan pelaksanaan jabatan perdana menteri dan dibentangkan dihadiri oleh badan bukan kerajaan ngo dan kumpulan sasar.
Azyyati Ahmad
Tue Dec 05 2017

Menurut Rohani, langkah itu diharap dapat memberikan impak jangka panjang kepada masa depan seseorang remaja. - Foto Fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kempen Pembudayaan Norma Baharu KKMM bermula di Rumah Panjang Akat
Rumah Panjang Akat terpilih sebagai destinasi pertama Kempen Pembudayaan Norma Baharu.

Raptai penuh Hari Kebangsaan 2019 berjalan lancar
Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 melibatkan 17,353 peserta berjalan lancar di Dataran Putrajaya hari ini.

Kementerian cadang hapus hukuman buang sekolah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar hukuman buang sekolah dihapuskan.