Rapid Rail Sdn Bhd bimbang mengenai masalah kerencatan pada sistem brek bagi tren empat koc yang belum diatasi.
Ia susulan kejadian sebuah lagi tren mengalami gangguan perkhidmatan semalam, menyebabkan beribu-ribu pengguna terkandas semasa waktu puncak.
Rapid Rail, operator perkhidmatan LRT Rapidkl Laluan Kelana Jaya berkata, insiden semalam di Stesen Ampang Park pada 6.20 petang ialah yang keempat membabitkan sistem brek tren empat koc dengan insiden sebelumnya berlaku pada 11 dan 25 Feb, dan pada 18 Mac lepas.
"Kegagalan (di Ampang Park, semalam) menyebabkan perkhidmatan terganggu selama kira-kira tiga jam apabila hanya satu landasan dapat digunakan bagi perkhidmatan antara Pasar Seni dan Stesen Damai," kata Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata, kerencatan sistem brek bagi kereta api empat koc itu masih gagal diatasi oleh pengeluar tren, Bombadier dan pembekal sistem brek, Knorr-Bremse.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Ahmad Nizam Mohd Amin bagaimanapun memberi jaminan bahawa keselamatan penumpang tetap menjadi keutamaan.
Beliau berkata, masalah itu tidak memberi kesan kepada keselamatan pengguna kerana sistem brek Aliran Kelana Jaya adalah dijamin selamat dan tren tidak akan bergerak jika sistem brek gagal berfungsi.
"Bagaimanapun, kerencatan itu memberi kesan kepada kebolehsediaan tren empat koc itu, menyebabkan kapasiti tren berkurangan terutama pada waktu puncak. Ini, seterusnya akan menyebabkan masa menunggu lebih lama bagi penumpang.
"Penggera awal tidak selalu berfungsi tetapi jika ia berfungsi, kami akan menghentikan perkhidmatan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh pelanggan kami," kata Ahmad Nizam.
Rapid Rail, Bombardier dan Knorr-Bremse sedang menjalankan siasatan mengenai insiden.
Bernama
Sat Mar 28 2015

Rapid Rail Sdn. Bhd bimbang mengenai masalah kerencatan pada sistem brek bagi tren empat koc yang belum diatasi. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Lori gagal berhenti langgar 6 kenderaan
Akibat daripada kemalangan tersebut, dua mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan tangan.

Loceng, lampu basikal laris bak pisang goreng panas
Loceng dan lampu basikal sebelum ini langsung tidak laku, stok tersimpan sahaja selama berbulan-bulan namun sejak dua ke tiga hari lepas, ia laris bak pisang goreng panas.

Nak berbasikal di Putrajaya? Wajib ada brek, lampu dan loceng bermula 9 Januari - Polis
Putrajaya akan mengambil tindakan terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi ciri-ciri keselamatan termasuk pemasangan loceng, lampu dan brek bermula 9 Jan ini.

Masalah brek, bas Rapid KL terbakar di Batu Caves
Kejadian jam 9.40 malam itu berlaku berdekatan kuil Batu Caves di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Penunggang motosikal maut terlanggar lori mengundur sendiri
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby, mangsa, Mohd Najib Ismail, 21 tahun, beralamat di Batu Pahat, Johor.

Brek gagal berfungsi, pemandu treler temui ajal
Akibat brek gagal berfungsi, seorang pemandu lori treler maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Jalan Sungai Terap dekat Kulim, Kedah petang Sabtu.

23 termasuk 16 pelancong China cedera bas langgar kereta
Kemalangan berlaku pada 7.24 malam ketika kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan turun daripada pusat peranginan tersebut.

Pemandu bas ekspres cedera bas masuk gaung
Kemalangan bas yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna kira-kira 6.40 petang itu mengakibatkan mangsa, Addy Rosel patah kaki namun 10 lagi penumpang bas tersebut tidak mengalami kecederaan.

Rapid Rail bimbang kerencatan sistem brek LRT aliran Kelana Jaya
Rapid Rail Sdn Bhd bimbang mengenai masalah kerencatan pada sistem brek bagi tren empat koc yang belum diatasi.