Dua puluh tiga penumpang termasuk 16 pelancong warga China cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 17.1 Jalan Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata kemalangan berlaku pada 7.24 malam ketika kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan turun daripada pusat peranginan tersebut.
"Sebaik tiba di tempat kejadian brek bas berkenaan dipercayai bermasalah dan melanggar kereta Honda yang berada di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
"Bagaimanapun punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata kesemua pelancong asing berkenaan melibatkan 14 wanita dan dua lelaki, seorang pemandu pelancong serta pemandu bas warga tempatan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Sementara lima termasuk pemandu kereta Honda berkenaan iaitu seorang lelaki serta empat penumpang wanita turut dihantar ke hospital yang sama.
Kesemua mangsa berusia 30 hingga 50-an itu dihantar ke hospital berkenaan dengan lapan ambulans milik bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan.
Operasi menyelamat dilakukan 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dan APM Bentong.
Seorang mangsa warga China Zhou Zhoxing, 56, bercakap melalui jurubahasa tempatan berkata beliau trauma dan tidak menjangkakan insiden berkenaan akan menimpanya yang dalam percutian selama lima hari di negara ini sebelum pulang ke China esok.
Menceritakan detik cemas itu, beliau yang cedera di kaki kanan berkata ketika kejadian cuaca amat baik dan terdapat penumpang yang sedang tidur.
Beliau mendakwa bas berkenaan dipandu dalam keadaan berbahaya di selekoh sebelum terbabas dan melanggar sebuah kenderaan lain menyebabkan kesemua penumpang panik untuk keluar daripada bas.
"Saya menolong penumpang lain dengan mengeluarkan mereka melalui pintu kecemasan bas sebelum ambulans tiba di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, di sini, malam tadi.
Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018

Sebaik tiba di tempat kejadian, brek bas dipercayai bermasalah dan melanggar kereta yang berada di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.

Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.

Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.

32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.