KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Berhad (RUB) akan melaksanakan Projek Solar Berskala Besar Berkapasiti 50MegaWatt Ranhill Solar I di ladang Bikam, Bidor, Perak.
RUB merupakan antara beberapa syarikat yang menerima kuota pembekalan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga dalam pembangunan Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar (Large Scale Solar), bagi kitaran 4 (LSS4), di Semenanjung Malaysia.
Ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengalu-alukan usaha kerajaan dan swasta untuk meluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi menyediakan persekitaran yang lebih bersih dan selamat kepada rakyat.
Menurut Saarani, kerajaan negeri komited untuk merangka strategi pembangunan sosio ekonomi yang mapan, inklusif dan dinamik selain menggalakkan kerjasama dengan pihak swasta bagi inisiatif teknologi hijau.
“Tenaga yang boleh diperbaharui terutama tenaga solar adalah sumber tenaga alternatif yang cukup mampan di Malaysia dan boleh diguna secara meluas tanpa menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat dan juga terhadap persekitaran,” katanya.
Menurut Saarani lagi, pembinaan ladang solar ini secara tidak langsung akan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Perak sebagai antara negeri yang rendah karbon menjelang 2030 di Malaysia.
RUB melalui Ranhill Solar 1 Sdn Bhd akan melakukan kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pembinaan, pemilikan, pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW bagi tujuan membekalkan tenaga elektrik selama 21 tahun mulai tahun 2023.
Astro Awani
Sun Dec 05 2021
![Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615849257_ranhill.jpg)
RUB merupakan antara beberapa syarikat yang menerima kuota pembekalan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga dalam pembangunan Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar (Large Scale Solar), bagi kitaran 4 (LSS4), di Semenanjung Malaysia. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Ranhill raih kontrak Loji Rawatan Efluen Perindustrian bernilai RM6.10 juta Ranhill raih kontrak Loji Rawatan Efluen Perindustrian bernilai RM6.10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654745313_tansrihamdanmoha.jpg)
Ranhill raih kontrak Loji Rawatan Efluen Perindustrian bernilai RM6.10 juta
Hamdan memaklumkan Surat Anugerah (LOA) daripada MSM diterima pada 8 Jun lalu dan projek tersebut dijadual siap dalam tempoh 12 bulan bermula 1 Jun 2022.
![Ranhill sediakan loji rawatan air mudah alih bantu mangsa banjir di Selangor Ranhill sediakan loji rawatan air mudah alih bantu mangsa banjir di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640167375_LojiRawatanMudahA.jpg)
Ranhill sediakan loji rawatan air mudah alih bantu mangsa banjir di Selangor
Ranhill memaklumkan dua unit loji rawatan air bersih mudah alih bersaiz 20' dan 40' ini bertindak untuk memproses air bersih.
![Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615849257_ranhill.jpg)
Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak
RUB melalui Ranhill Solar 1 Sdn Bhd akan melakukan kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pembinaan, pemilikan, pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW.
![Ranhill Utilities ketuai konsortium bina projek air bersih di Jakarta Ranhill Utilities ketuai konsortium bina projek air bersih di Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615849257_ranhill.jpg)
Ranhill Utilities ketuai konsortium bina projek air bersih di Jakarta
Projek yang dikenali sebagai Projek Sistem Pembekalan Air Ir. H. Djuanda/Jatilugur II itu diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia
![Ranhill rangkul anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-Asean 2020 Ranhill rangkul anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-Asean 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615849257_ranhill.jpg)
Ranhill rangkul anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-Asean 2020
Pemilihan itu merupakan bukti kejayaan pihaknya dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah terhadap kualiti hidup masyarakat.
![Ranhill Utilities Berhad tersenarai untuk pembangunan loji solar berskala besar di Semenanjung Ranhill Utilities Berhad tersenarai untuk pembangunan loji solar berskala besar di Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615849257_ranhill.jpg)
Ranhill Utilities Berhad tersenarai untuk pembangunan loji solar berskala besar di Semenanjung
RUB disenarai pendek dan dipilih bagi mengendalikan pengeluaran solar 50 megawatt setahun di Batang Padang, Perak, jika memenuhi syarat tambahan.