KUALA LUMPUR: Rangkaian 5G yang dibangunkan Digital Nasional Bhd (DNB) akan terus digunakan sebagai salah satu daripada dua rangkaian 5G negara apabila negara beralih kepada model dwirangkaian 5G kelak.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata langkah itu selari dengan penubuhan DNB yang bertujuan untuk mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.
"Malah sehingga April ini, DNB telah berjaya membangunkan rangkaian 5G di 59.5 peratus kawasan berpenduduk di negara ini.
"Jadi ia akan terus digunakan, malah rangkaian 5G DNB akan kekal beroperasi dan terus diperluas melangkaui 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk," katanya dalam satu temu bual bersama media mengenai hala tuju pelaksanaan 5G di Malaysia di Kementerian Komunikasi dan Digital, di Putrajaya, baru-baru ini.
Fahmi berkata pada awal tahun depan juga, entiti kedua yang akan diwujudkan bakal memulakan pembangunan satu lagi rangkaian 5G untuk negara.
"Jadi seperti sasaran kita, hujung tahun ini rangkaian 5G pertama oleh DNB akan mencapai tahap 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk, dan awal tahun hadapan entiti B (entiti kedua) ini akan bermula daripada kosong, beroperasi secara berperingkat dan akan mencapai liputan setara rangkaian pertama (80 peratus) dalam tempoh lebih kurang dua tahun," katanya.
Fahmi berkata kerajaan tidak akan mempunyai sebarang pegangan dalam entiti baharu itu malah tidak mempunyai niat untuk terlibat.
Menurut Fahmi, keputusan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu itu selain menukar model pelaksanaan daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian tidak akan memberi kesan buruk kepada pengguna.
Beliau berkata perkara itu merupakan komitmen bersama antara kerajaan dengan syarikat telekomunikasi kepada pengguna terutamanya melibatkan aspek harga pakej yang ditawarkan serta kualiti perkhidmatan.
"Walaupun (tahun hadapan) akan ada entiti A dan entiti B, kita berubah kepada dwirangkaian, kerajaan khususnya melalui MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) ada kuasa untuk pastikan tidak berlaku keadaan yang akan mendatangkan kesan negarif pada pengguna.
"Kita ada Akta Komunikasi dan Multimedia... jika ada dominasi, ada persaingan tidak sihat atau pelanggaran kepada kualiti perkhidmatan yang ditawar kepada pengguna, MCMC boleh keluarkan arahan malah kenakan penalti kepada syarikat berkenaan," katanya.
Fahmi turut memberi jaminan kewujudan dwirangkaian melibatkan dua entiti berbeza nanti tidak akan menyebabkan sebarang kenaikan kos kepada syarikat telekomunikasi pada peringkat jualan borong.
"Tidak akan ada peningkatan kos jualan borong per gigabait rangkaian kepada syarikat telekomunikasi, ini mustahak kerana akan menentukan harga pakej yang akan ditawarkan syarikat telekomunikasi kepada pengguna.
"Pada masa sama, MCMC mempunyai instrumen mencukupi seperti Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) bagi meletakkan harga siling pada jualan borong seperti yang dilaksanakan 16 Feb lepas untuk perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi," katanya.
Fahmi turut berkongsi mengenai kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan 5G terutamanya melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara yang dilihat belum mempunyai penyelarasan dalam pelbagai perkara berkaitan perkhidmatan telekomunikasi.
"Ada sesetengah kawasan PBT, ada yang kenakan empat fi, ada yang sampai 14 fi, ada sesetengah PBT pula kenakan caj bagi pemasangan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, tidak benar guna monopol, kena guna paip bawah tanah, jadi perkara ini semua ada kos tambahan.
"Jadi pasukan petugas yang kita tubuhkan Selasa lepas akan turut beri penelitian pada perkara seperti ini kerana saya yakin bila kita perkukuhkan soal pengurusan, kita akan dapat lakukan penjimatan," katanya.
Menurutnya lagi task force itu juga mengambil iktibar dan panduan daripada kejayaan Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang terbukti mendapat pengiktirafan antarabangsa pada World Summit on the Information Society Prizes 2023 (WSIS Prizes 2023) di Geneva, Switzerland, 14 Mac lepas.
Sementara itu, Fahmi berkata kerajaan kekal tegas dalam aspek keselamatan dalam segenap aspek melibatkan peluncuran rangkaian 5G di negara ini.
"Sebab itu dalam penilaian kita terhadap pelbagai model, pilihan-pilihan yang ada untuk peluncuran 5G ini, isu keselamatan dan kedaulatan negara amat kita tekankan, bukan sahaja berkisar pada model perniagaan dan juga obligasi kontrak, malah isu-isu lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Fahmi Fadzil berkata langkah itu selari dengan penubuhan DNB yang bertujuan untuk mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini. -Gambar fail
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Gangguan IT global: Kerajaan tunggu laporan penuh Microsoft, Crowdstrike - Gobind
Kerajaan telah meminta Microsoft dan Crowdstrike menyediakan laporan penuh berhubung gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global pada 19 Julai lalu.
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind
Kerajaan yakin negara mampu melepasi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital 25.5 peratus menjelang 2025.
Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.
5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Saham Maxis dinaik taraf kepada 'beli' - Penganalisis
Kebimbangan mengenai penglibatan Maxis Bhd dalam pelancaran rangkaian 5G mungkin diperbesar-besarkan, kata CIMB Securities.