BATU PAHAT: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, berdasarkan pengecaman keluarga.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pengecaman berkenaan melalui dokumen dan juga beberapa barangan milik mangsa, Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16, yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
Beliau berkata mangsa merupakan pelajar tingkatan lima yang beralamat di Bandar Putera Indah dan dilaporkan hilang setelah keluar rumah dengan menunggang motosikal.
"Penemuan rangka di tepi Jalan Yong Peng-Muar itu kira-kira pukul 11.15 pagi hari ini, oleh orang awam, selain terdapatnya sebuah motosikal yang mengalami kerosakan di lokasi dan dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Motosikal yang ditunggang mangsa disyaki terbabas ke tepi jalan dan terlanggar sebatang tiang elektrik, menyebabkan mangsa terhumban ke kawasan semak yang agak curam di dalam kebun durian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Shahrulanuar berkata walaupun pengecaman telah dilakukan keluarga, pengesahan rasmi identiti rangka yang dijumpai akan disahkan setelah laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) diperolehi.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain secara selari juga dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa," katanya.
Terdahulu, bapa mangsa Abd Halid Sugiman, 44, menyatakan nombor pendaftaran motosikal yang ditemukan tersangkut di celah pokok, sama dengan motosikal yang digunakan oleh anaknya.
"Sebelum ini, setelah tidak pulang selepas keluar rumah pada 25 Mei, kami sekeluarga berusaha mencarinya di beberapa jalan yang mungkin dilalui termasuk Jalan Tongkang Pechah, Parit Raja, Sri Bengkal namun tiada petunjuk," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, remaja berkenaan pergi ke rumah rakannya di Kampung Parit Ju, Tongkang Pechah untuk menonton bola sepak sebelum dilaporkan hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi penemuan rangka manusia di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, pada Isnin. - Gambar Sinar Harian

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Rangka manusia ditemukan di ladang sawit
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira jam 10.10 pagi.

Rangka dan tulang manusia ditemukan di kebun durian
Polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.

Rangka manusia ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass
Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.

Rangka di kebun durian sah milik remaja hilang - Polis
Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Rangka manusia ditemukan dalam belukar
Siasatan awal kita bagaimanapun tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berlaku di sebalik penemuan rangka manusia itu.

Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.

Rangka manusia, motosikal ditemukan dalam parit
Rangka manusia ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di ladang kelapa sawit.

Kes Bella: Penduduk yakin mangsa dibunuh di tempat lain
Tiada seorang pun penduduk yang mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan penempatan mereka.