Kerajaan tidak akan meneruskan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Jerebu Merentas Sempadan selepas meneliti kewajaran penggubalan rang undang-undang itu, menurut Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).
Kementerian memaklumkan penelitian itu merangkumi kebolehlaksanaan undang-undang yang akan digubal, hubungan diplomatik dan elemen pencegahan pencemaran alam sekitar.
"Perkara ini mengambil kira maklum balas daripada pakar undang-undang bahawa tindakan undang-undang hanya dapat diambil terhadap syarikat milik atau berkaitan Malaysia yang beroperasi di luar negara sekiranya bukti jelas daripada negara yang menjadi punca jerebu merentas sempadan diperoleh.
"Isu jerebu merentas sempadan tidak dapat diselesaikan hanya dengan penggubalan akta atau undang-undang. Kerajaan juga tidak mahu akta yang digubal berupa kosmetik sahaja tanpa mempunyai sebarang upaya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pesalah yang menyebabkan jerebu," menurut kementerian itu.
Kasa memaklumkan perkara itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Yeo Bee Yin (PH-Bakri) sama ada kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Jerebu Merentas Sempadan.
"Kerajaan percaya jalan yang lebih baik adalah bekerjasama dengan negara jiran dan semua negara anggota Asean untuk menangani masalah ini secara kolektif.
"Dalam hal ini, Kasa akan melaksanakan pendekatan secara 'top down' dan 'bottom up' melalui hubungan diplomatik yang erat dan kerjasama teknikal bagi memantapkan lagi keupayaan teknikal antara negara khususnya dalam bidang penyelidikan, teknologi berkaitan pengurusan tanah gambut serta operasi pemadaman kebakaran," menurut kementerian itu.
Kementerian berkenaan menjelaskan perkara itu adalah selaras dengan Artikel 16 iaitu Kerjasama Teknikal dan Artikel 17 iaitu Kajian Saintifik dalam Perjanjian Asean mengenai jerebu merentas sempadan, yang antara lain menekankan perkongsian kepakaran teknologi, teknik dan pengetahuan.
Selain itu, pendekatan tersebut mampu memperkukuh hubungan diplomasi dan mengeratkan hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota Asean terutama Indonesia dalam menangani isu jerebu merentas sempadan supaya ia dapat dicegah, dikawal serta ditangani dengan baik.
Kerajaan juga akan meneliti dan menambah baik pelan komunikasi insiden jerebu merentas sempadan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan serta mengelak pertikaian yang mengeruhkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020
Kerajaan percaya jalan yang lebih baik adalah bekerjasama dengan negara jiran dan semua negara anggota Asean untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan secara kolektif. - Gambar hiasan
'Jangan jadi badut dan rasis' - Tommy
Tommy Mawat Bada kecewa apabila menjadi mangsa komen berbaur perkauman susulan insiden pergaduhannya dengan bintang JDT, Arif Aiman Hanapi.
Malaysia akan lancar bidaan TBB rentas sempadan bagi Singapura pada akhir tahun - Fadillah
Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini.
Wanita maut, lelaki parah kereta dihempap kontena
Wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada treler di Pulau Pinang.
FAA larang penerbangan ke Haiti selepas 2 pesawat AS terkena tembakan
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah melarang penerbangan ke dan dari Haiti selama sekurang-kurangnya 30 hari selepas pesawat JetBlue Airways dan Spirit Airlines terkena tembakan.
Mengenang Tun Daim: 'Kerajaan iktiraf jasa, sumbangan kepada negara' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah terhadap pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
GISB: 'Saya nak bertaubat, mahu tinggalkan ajaran menyalahi Islam' - Mudir
Mudir madrasah mempunyai kaitan dengan GISB mengaku bersalah di Mahkamah Rendah atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di madrasah di Kuala Pilah sejak tiga tahun lalu.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Trump namakan John Ratcliffe sebagai pengarah CIA
Donald Trump menamakan John Ratcliffe, bekas Pengarah Perisikan Nasional sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.
Penerbangan antara Australia, Bali di Indonesia digantung akibat awan abu gunung berapi
Penerbangan antara Australia dan wilayah Bali di Indonesia digantung akibat abu dari letusan gunung berapi.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.