Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao Krishnan hari ini mengakui kesilapan menamakan seorang individu sebagai pakar pereka laman web yang terlibat dalam memalsukan kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ramesh berkata walaupun berlaku kesilapan fakta dalam menamakan pakar pereka laman web dalam video itu, yang didakwa diupah editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown untuk memalsukan kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1MDB, namun apa yang dinyatakan bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi adalah benar.
"Kami (Ramesh dan Lester) mungkin membuat silap dalam mengenal pasti pakar pereka laman web itu...kerana bertindak tergesa-gesa, dalam video itu individu yang didakwa pereka laman web itu sebenarnya adalah gambar seorang pengurus jualan dari perkhidmatan keretapi di Britain," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ramesh berkata bahagian ketiga video itu akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, video itu akan membuktikan bahawa Lester pernah bekerja dengan Sarawak Report yang dinafikan oleh Clare sebelum ini.
"Lester dijadual akan mengadakan sidang media bersama saya pada masa yang terdekat ini bagaimanapun tarikh sidang media itu masih belum ditetapkan kerana buat masa ini Lester perlu memberi kenyataan kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
"Kami ada bukti tiket penerbangan dibeli Clare untuk Lester untuk perjalanannya ke London, United Kingdom untuk sesi mesyuarat mereka berdua di sana. Kalau Lester diisytiharkan muflis seperti didakwa anggota pembangkang
kenapa Clare menggunakan kad kreditnya untuk membeli tiket penerbangan untuk Lester dan anggota keluarganya ke London?
"Kami ada bukti mengenainya dan akan mendedahkannya minggu depan apabila Lester hadir pada sidang media itu," katanya.
Dalam video berdurasi 6.02 minit itu, Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai syarikat pelaburan negara 1MDB itu didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam video itu, Melanyi turut menamakan seorang pakar pereka laman web berpangkalan di London yang didakwanya diupah Rewcastle-Brown bagi mengubah dan mereka e-mel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.
Sementara itu, dalam isu berlainan, bekas pembantu peribadi anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, Tony Tan Chee Chong berkata Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua perlu mengisytiharkan wang simpanan didakwa dianggarkan berjumlah RM3 juta yang disimpan di sebuah bank di luar negara.
"Saya mempunyai bukti untuk mendedahkan perkara ini dan akan mendedahkannya pada masa yang sesuai kelak," katanya.
Pua kerap kali meminta kerajaan untuk mempamerkan ketelusan dalam pelbagai perkara maka kali ini beliau harus bersikap telus dan mengisytiharkan hartanya, katanya.
Bernama
Wed Jul 22 2015

Ramesh mengakui kesilapan menamakan individu yang terlibat dalam memalsukan kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1MDB. -Foto Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Laporan Sarawak Report hanya berunsur fitnah - Salleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata portal berita itu hanya bertujuan menyebarkan fitnah untuk menjejaskan reputasi pemimpin negara.

Pengasas portal berita 'Sarawak Report' diminta dedah sumber pembiayaan
Bekas editor akhbar Sarawak Tribune telah meminta Clare Rewcastle-Brown supaya mendedahkan sumber pembiayaannya.

Sorotan seminggu isu 1MDB
Kes melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menjadi tumpuan ramai sejak beberapa bulan lalu.

Ada rancangan burukkan kerajaan, kata Melanyi
Lester Melanyi mendakwa pengasas portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan pihak pembangkang merancang untuk memburuk-burukkan kerajaan sejak beberapa tahun dahulu.

Ramesh akui silap namakan individu dalam video
Ramesh Rao Krishnan hari ini mengakui kesilapan menamakan seorang individu sebagai pakar pereka laman web yang terlibat dalam memalsukan kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Pendedahan Melanyi: Polis tidak tolak kemungkinan tahan pihak terlibat
Polis tidak menolak kemungkinan menahan beberapa individu yang didakwa bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

KPN bersiap sedia jumpa Justo di Thailand
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyuarakan kesediaanya untuk mengetuai pasukan penyiasat ke Thailand untuk menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Bahagian ketiga/keempat video Lester Melanyi dedah penglibatan pembangkang
Bahagian ketiga dan keempat video itu akan disiarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.