Polis tidak menolak kemungkinan menahan beberapa individu yang didakwa bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan meminta semua pihak memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan dengan penuh berhati-hati.
"Ini satu perkara yang amat serius seperti saya sebut sebelum ini. Pendedahan ini mengejutkan dan amat serius dan kita perlu jalankan siasatan dengan terperinci serta berhati-hati kerana ada kemungkinan orang yang terlibat itu akan ditahan untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan polis bantuan koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad di i-City di sini hari ini.
Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.
Laporan berkenaan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.
Melanyi pada Isnin lepas memberitahu akhbar The Star bahawa beliau telah berjumpa Justo yang mengakui telah menemui beberapa pemimpin pembangkang yang ingin membeli maklumat untuk memburukkan kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di London dua atau tiga kali pada 2012 dan 2013.
Beliau turut mendakwa hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1MDB, syarikat pelaburan negara, diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam video berdurasi 6.02 minit itu, Melanyi turut menamakan seorang pakar pereka laman web berpangkalan di London yang didakwanya diupah pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi mengubah dan mereka emel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.
Khalid apabila diminta mengesahkan kebenaran mengenai dakwaan bahawa pemimpin pembangkang terlibat seperti yang didedahkan oleh Melanyi, beliau berkata: "Itu saya tidak cakap tunggu siasatan."
Beliau berkata siasatan terhadap pendedahan yang dibuat oleh Melanyi itu dibuat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berikutan terdapat unsur-unsur daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
Khalid berkata pihaknya telah mendapatkan keterangan daripada Melanyi dan kini sedang melakukan tindakan susulan atas apa yang disebut oleh bekas pengarang Sarawak Tribune itu dalam rakaman percakapan dengan pihak polis.
Ketika ditanya sama ada maklumat yang diberikan oleh Melanyi boleh diterima berikutan kredibilitinya dipertikaikan, Khalid berkata: "Kamu biarkannya kepada kami untuk menilai selepas kami selesaikan siasatan."
Menurut beliau lagi, sehingga kini belum ada mana-mana pemimpin pembangkang yang tampil memberi kenyataan atau diambil keterangan susulan pendedahan Melanyi itu.
"Saya telah katakan sebelum ini bahawa sesiapa sahaja yang rasa hendak beri kerjasama kepada kita dalam siasatan ini boleh datang ke depan kemukakan sebarang dokumen atau bekerjasama beri percakapan. Sesiapapun dialu-alukan...jika mereka fikir mereka boleh bantu kami mengapa tidak," katanya.
Bernama
Wed Jul 22 2015

Polis tidak menolak kemungkinan menahan individu didakwa Lester Melanyi terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik. -Foto Youtube Star TV
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Pendedahan Melanyi: Polis tidak tolak kemungkinan tahan pihak terlibat
Polis tidak menolak kemungkinan menahan beberapa individu yang didakwa bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

Potret sendiri 3D satu realiti akhir Mei ini
Dalam teknologi canggih, potret sendiri 3D menjadi satu realiti dalam tempoh kurang 10 minit di Red Carpet@i-City akhir Mei ini.

Muzium lilin pertama Asia Tenggara akan dibuka di i-City
Orang ramai berpeluang menyaksikan secara dekat ikon terkenal dunia apabila muzium lilin yang pertama di Asia Tenggara dibuka di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri lancar logo 'BN Friendly'
Sempena Karnival Sayangi Selangor Timbalan Perdana Menteri melancarkan logo 'Barisan Nasional Friendly' yang dilihat mampu memberikan impak yang besar terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.