Mengikut kalendar lunar Cina, tahun 2017 merupakan Tahun Ayam yang berunsurkan api.
Menurut Pengasas Good Feng Shui, Kenny Hoo, disebabkan oleh dua elemen yang bercanggah iaitu logam dan api, tahun ayam diramal lebih mencabar.
"Apabila unsur logam terlalu kuat, ia akan menyebabkan dari segi emosi lebih ramai orang yang bersikap agresif, senang marah atau menimbulkan kekecohan. Jadi banyak perkara akan berlaku dari segi pertengkaran dan pergaduhan," katanya.
Turut terkesan katanya, adalah bidang berunsurkan logam seperti ekonomi dan industri perbankan.
"Unsur berhubung dengan logam ini seperti industri kewangan dan perbankan akan menghadapi tekanan dan persaingan yang kuat."
"Namun bagi industri berunsurkan air seperti pelancongan, logistik, pengangkutan dan minuman adalah sangat baik tahun ini," katanya.
Ini kerana katanya unsur yang penting adalah air bagi tahun ini.
Justeru, beliau mengalakkan pemakaian warna biru untuk menambah tuah pada Tahun Ayam Api ini.
"Contohnya, kita boleh menggunakan lebih banyak warna biru tahun ini dari segi pakaian atau aksesori."
"Selain itu, kita juga boleh mengecat sebahagian dinding rumah dengan warna biru khususnya di kawasan utara rumah atau pejabat," katanya.
Bagi beberapa zodiak, mereka bakal menemui tuah pada tahun ayam ini, khususnya mereka lahir pada tahun Naga.
"Zodiak paling bertuah adalah bagi mereka yang lahir dalam tahun harimau, kuda, anjing dan naga. Bagi harimau, kuda dan anjing, tahun ini adalah peluang untuk menjadi lebih masyur. Mereka akan dapat berjumpa dengan kenalan baru yang akan membantu mereka dari segi kerjaya."
"Naga terutamanya adalah sangat bertuah tahun ini. Mereka akan mendapati rezeki dari segi kerjaya dan kesihatan, semuanya baik. Apa yang mereka impi dan rancang boleh dicapai dengan lancar tanpa sebarang halangan," katanya.
Lebih manis, ramai juga diramal akan jatuh cinta dan berkahwin.
"Dari segi percintaan, bagi mereka yang dilahirkan pada tahun monyet, tikus dan naga, mereka akan mendapati bahawa dari segi percintaan ia adalah sungguh mewah dan manis pada tahun ini. Tahun ini juga diramal ramai akan berkahwin dan melahirkan anak," katanya.
Bagaimanapun, bagi mereka yang lahir pada tahun ayam dan arnab pula tidak begitu bernasib baik.
"Bagi kedua zodiak ini, mereka mungkin menghadapi ketidakpastian dari segi kerjaya dan percintaan. Jadi bagi mereka yang lahir pada tahun ayam dan arnab dinasihatkan tidak membuat keputusan yang besar terutamanya bulan 3, 7 dan 9."
"Asalkan mereka tidak membuat sebarang keputusan yang drastik atau besar, secara keseluruhannya tahun ini masih ok bagi mereka," katanya.
Tan Su Lin
Sat Jan 28 2017
Apabila unsur logam terlalu kuat, ia akan menyebabkan dari segi emosi lebih ramai orang yang bersikap agresif, senang marah atau menimbulkan kekecohan. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Ramalan Tahun Ayam Api 2017
Unsur berhubung dengan logam ini seperti industri kewangan dan perbankan akan menghadapi tekanan dan persaingan yang kuat