Adakah toleransi kaum di kalangan rakyat Malaysia masih kurang? Ini adalah soalan yang diketengahkan oleh Astro Awani di dalam poll hari ini. Sebelum kami mengumumkan keputusan, marilah kita menjawab soalan ini: apa itu toleransi kaum?
Toleransi kaum tidak mempunyai bantahan kepada sesiapa berdasarkan bangsa seseorang individu atau agama dan ini adalah penting untuk memastikan tiada salah faham akan berlaku dalam isu perkauman. Dalam zaman moden ini, jelas kelihatan bahawa kehidupan bersama kaum-kaum lain dengan harmoni masih lagi tidak sempurna seperti yang diharapkan.
Menghormati pendapat, kaum dan budaya yang lain adalah penting untuk memastikan keharmonian dan keamanan dalam masyarakat. Tetapi, mengapa toleransi penting?
Toleransi adalah penting kerana ia membawa keamanan untuk pelbagai kaum dan memastikan kemakmuran sosial, ekonomi dan emosi untuk semua.
Kembali ke poll Astro Awani, ini adalah pendapat pembaca kami: Adakah toleransi kaum di kalangan rakyat Malaysia masih berkurangan? Sebanyak 78.57 pembaca bersetuju bahawa ia masih berkurangan, manakala 7.14% tidak bersetuju. Baki 14.29% adalah neutral, di mana mereka bersetuju dan tidak bersetuju.
Jadi bagaimana kita, rakyat yang hidup dalam masyarakat moden, boleh berusaha untuk meningkatkan tahap toleransi yang lebih di antara kaum? Ramai bersetuju bahawa toleransi kaum perlu dipupuk dari usia yang muda. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhan menjadi contoh bagi generasi muda kerana mereka membesar untuk hidup dalam sebuah negara berbilang kaum.
Kaedah lain adalah dengan bersuara untuk menentang sifat perkauman (mengikut cara yang betul) dan untuk menggalakkan kerjasama di antara kaum. Dunia ini akan menjadi lebih indah jika ramai saling menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai sifat toleransi.
Astro Awani
Fri Jan 17 2014
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Kelab Keluarga Malaysia jadi pemangkin perpaduan - PM
Kelab Keluarga Malaysia akan menjadi pemangkin kepada asas pembentukan perpaduan yang lebih kukuh melalui interaksi sihat ahli keluarga dan masyarakat berbilang kaum serta agama.
Parti politik perlu bersatu bentuk masyarakat berbilang kaum lebih harmoni - Rais Yatim
Tokoh veteran politik itu berkata sikap sesetengah pemimpin politik yang hanya mendukung cita-cita politik masing-masing perlu diubah.
Sambut Hari Malaysia dengan kesatuan melawan COVID-19
Sambutan Hari Malaysia membawa satu makna yang besar dan perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Perpaduan kaum di negara ini masih erat - Waytha Moorthy
Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini masih erat apabila masyarakat saling menerima antara satu sama lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.
Penganjuran majlis di rumah ibadat lain tidak salah - Mujahid
Majlis berbuka puasa itu tidak sepatutnya jadi isu kerana tujuan utama adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Elak diskriminasi kaum dalam sektor pekerjaan
Untuk itu katanya, penyelesaian strategik sedang dirangka pihaknya bagi membasmi isu diskriminasi itu dari terus menular.
Ramai berpendapat toleransi kaum masih rendah di Malaysia
Ramai bersetuju bahawa toleransi kaum perlu dipupuk dari usia yang muda dan ibu bapa dan masyarakat harus menjadi contoh yang baik.