BETONG: Selepas 59 tahun penubuhan Malaysia, rakyat negara ini seharusnya tidak lagi mempersoalkan keistimewaan dan hak Sarawak melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan apa yang sewajarnya diraikan ialah menghormati apa yang telah dipersetujui para pemimpin terdahulu.
“Semua maklum, negara ini terbentuk apabila tiga wilayah bersetuju untuk bergabung menjadi sebuah negara berdasarkan Perjanjian MA63 dan Inter-Government Committee Report (IGC) yang memberi keistimewaan kepada wilayah Sarawak dan juga Sabah,” katanya.
Beliau berucap pada Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak tahun 2022 di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalung Ningkan, di sini pada Rabu.
Lebih 1,000 rakyat Betong menghadiri majlis sambutan berkenaan yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud serta Timbalan Premier Sarawak dan para pemimpin peringkat akar umbi seluruh negeri.
Tambah Abang Johari, Sarawak menuntut supaya hak dan keistimewaannya dihormati dan diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan tetapi bukan bermakna rakyatnya tidak mempunyai semangat kebangsaan dan patriotisme yang tinggi.
“Anak Sarawak dalam arena sukan seperti Pandelela Rinong dan Gustin Bonnie Bunyau berjuang bermatian-matian agar lagu kebangsaan kita Negaraku boleh berkumandang di arena antarabangsa.
“Orang Sarawak juga berbangga apabila pemain badminton beregu negara, iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memenangi kejohanan dunia di Tokyo tiga hari yang lepas,” ujarnya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Aug 31 2022
![Rakyat Sarawak punyai semangat patriotisme dan sayangkan negara - Abang Johari Rakyat Sarawak punyai semangat patriotisme dan sayangkan negara - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661926166_MerdekaSarawak.jpg)
Tun Abdul Taib (dua dari kanan) bersama Abang Johari (dua dari kiri) pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri 2022 di Betong pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bahagia Kita: Kisah pengembaraan Haikal mencari erti sebenar kemerdekaan Bahagia Kita: Kisah pengembaraan Haikal mencari erti sebenar kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662447051_BPCELCOM.jpg)
Bahagia Kita: Kisah pengembaraan Haikal mencari erti sebenar kemerdekaan
Celcom menampilkan sebuah filem pendek yang sarat dengan mesej meraikan keharmonian dan kebahagiaan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini
![Agong zahir penghargaan kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022 Agong zahir penghargaan kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661927399_YDPAgong.jpg)
Agong zahir penghargaan kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022
Yang di-Pertuan Agong zahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan, peserta dan penganjur atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022.
![Jadilah Pembela Merdeka dalam PRU15 kerana Malaysia layak dapat yang lebih baik! Jadilah Pembela Merdeka dalam PRU15 kerana Malaysia layak dapat yang lebih baik!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662028343_petugasSuruhanjaya.jpg)
Jadilah Pembela Merdeka dalam PRU15 kerana Malaysia layak dapat yang lebih baik!
Kemerdekaan bukanlah menggantikan satu set elit pemerintah yang kebal di sisi undang-undang dengan satu set elit pemerintah yang lain yang juga kebal di sisi undang-undang.
![Hubungan Indonesia, Malaysia tetap kuat - Sri Mulyani Hubungan Indonesia, Malaysia tetap kuat - Sri Mulyani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662021746_SriMulyani.jpg)
Hubungan Indonesia, Malaysia tetap kuat - Sri Mulyani
Keakraban sejak 1957 itu telah menghasilkan banyak manfaat dan saling membantu demi kepentingan bersama.
![Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661953539_TBDRONEJAMMER.jpg)
Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
![Keluarga Malaysia perlu bersatu padu pertahan keharmonian - PM Keluarga Malaysia perlu bersatu padu pertahan keharmonian - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661939339_IsmailSabriYaakob.jpg)
Keluarga Malaysia perlu bersatu padu pertahan keharmonian - PM
Keluarga Malaysia perlu terus kekal bersatu padu dan mempertahankan keharmonian dalam semua aspek sebagai rencah utama kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
![Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600820381_firstvirtualmeetin.jpg)
Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada Rabu.
![Hari Kebangsaan 2022: JPS johan kawad peringkat negeri Perak Hari Kebangsaan 2022: JPS johan kawad peringkat negeri Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661931940_TBsultannazrin.jpg)
Hari Kebangsaan 2022: JPS johan kawad peringkat negeri Perak
Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) muncul johan kawad kategori jabatan kerajaan sempena perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Perak.
![Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661928072_TBmerdeka.jpg)
Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera
Seramai hampir 3,000 warga Bera membanjiri Laman Kerayong bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dijalankan sebelum detik jam 12 tengah malam.
![Pandemik COVID-19 mengajar hargai erti kebebasan, kemerdekaan - MB Perak Pandemik COVID-19 mengajar hargai erti kebebasan, kemerdekaan - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661353316_TBPENJAWATAWAM.jpg)
Pandemik COVID-19 mengajar hargai erti kebebasan, kemerdekaan - MB Perak
Perang menghadapi pandemik COVID-19 lebih dua tahun telah memberi keinsafan kepada semua pihak untuk lebih mendalami erti sebuah kemerdekaan.