GERIK: Seorang lelaki rakyat Malaysia dilaporkan parah selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, selatan Thailand pada Sabtu.
Dalam kejadian sekitar jam 9 malam (waktu Thailand), mangsa berusia 55 tahun dari Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu dipercayai ditembak suspek tidak dikenali.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha, dirawat di Hospital Betong.
"Ketika kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal telah ditembak sebanyak tiga das oleh seorang penyerang yang tidak dikenali.
"Suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand berjaya melarikan diri. Setakat ini suspek masih belum ditangkap," katanya di sini pada Isnin.
Menurutnya, siasatan dijalankan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan suspek dan motif serangan tersebut.
Kata beliau, siasatan dijalankan dari pelbagai aspek sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi atau perniagaan.
"Mangsa telah lama keluar masuk ke Betong kerana dipercayai mempunyai seorang isteri warga Thailand.
"Mangsa yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah di negara ini pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong," katanya.
Tambah Zulkepli, polis akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 13 2023

Gambar menunjukkan serangan terhadap mangsa yang siasatan yang dijalankan polis di bandar Betong, Thailand, Sabtu lalu. - Foto ihsan pembaca/Sinar Harian

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Bekas penyerang Turkiye Akin cedera ditembak di Istanbul
Rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.

Lelaki disyaki tembak pelajar di Georgia ditahan pihak berkuasa
Pegawai negeri Georgia menangkap bapa kepada remaja, Colt Gray, Colin Gray yang disyaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi di Georgia pada Khamis.

Remaja ditembak semasa pasang sepanduk kemerdekaan
Ketika kejadian, suspek melepaskan tembakan sebanyak tujuh kali yang terkena mangsa pada bahagian belakang.

Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu.

Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.

Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.

Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.

Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah
Houthi dakwa, dron milik Amerika Syarikat MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.