Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan Rabu, 9 Mei, pelbagai reaksi muncul dalam media sosial.
Reaksi paling ketara adalah kegusaran ramai orang mengenai isu kewangan dan logistik untuk pulang mengundi pada hari Rabu. Yang paling terkesan ialah pengundi muda yang bekerja di negeri lain dari tempat mengundi dan yang perlu pulang ke Sabah atau Sarawak dari Semenanjung dan sebaliknya.
Ada yang berkira-kira untuk membatalkan sahaja niat pulang mengundi, namun apabila niat sedemikian dizahirkan dalam media sosial, ramai rakyat Malaysia yang tampil menawarkan penyelesaian.
Di Twitter, tanda pagar #PulangMengundi mula trending hanya beberapa jam selepas tarikh pengundian PRU14 diumumkan, bertujuan untuk mendapatkan bantuan kepada mereka yang layak mengundi tetapi tidak mampu untuk pulang ke kawasan mengundi masing-masing.
Tanda pagar yang dimulakan oleh penyunting digital Joe Lee (@klubbkiddkl) itu memudahkan mereka yang memerlukan bantuan untuk menghubungi mereka yang menawarkan bantuan untuk pulang mengundi.
#PULANGMENGUNDI
Dalam tweet pertama memulakan tanda pagar itu, Joe menulis: "If you have problems taking time off to vote, or can't afford to - please use the hashtag, and maybe someone can help." ("Jika anda menghadapi kesesakan masa atau tidak mampu untuk pulang mengundi - gunakan tanda pagar ini. Mungkin ada yang boleh membantu).
Rakyat Malaysia di Twitter membalas tweet Joe dengan menggunakan #PulangMengundi untuk menawarkan bantuan bagi membiayai atau memberi subsidi kos pengangkutan kepada mereka yang memerlukan.
Ganesh Devaraj (@ganaeshd) menulis: "I know it's not much, but I should be able to finance up to RM300 to help people #PulangMengundi. Most probably won't be enough for flight tickets (I'm so sorry!), but it should cover some duit tol/duit tiket bas/duit petrol. Please let me know how I can help." (Saya tahu bantuan yang ditawarkan ini tidak sebesar mana, tetapi saya mahu membelanjakan sehingga RM300 untuk membantu rakyat Malaysia #PulangMengundi. Mungkin tidak cukup untuk membiayai tiket penerbangan (saya memohon maaf!), tetapi cukuplah untuk dibuat duit tol/duit tiket bas/duit petrol. Sila maklumkan kepada saya bantuan yang diperlukan."
Ramai yang terharu dengan sifat dermawan rakyat Malaysia yang rela membantu walaupun tidak mengenali si penerima bantuan.
Mekti (@izzatiaziz0315) menulis: "People I never met. Never spoken to. Melissa Liew Yean sponsored me to go back for voting! She even gimme extra and keep asking me to spend time with family. I don't know you, I just know you're kind-hearted. Proud with Malaysians!" (Walaupun saya tak pernah berjumpa atau bercakap dengannya, Melisa Liew Yean telah membiayai kos untuk saya pulang mengundi. Bukan itu sahaja, dia juga memberi sumbangan lebih agar saya dapat meluangkan sedikit masa dengan keluarga saya. Saya tidak kenal awak, tetapi saya tahu awak sangat baik hati. Saya rasa bangga dengan kemurahan hati rakyat Malaysia!")
#CARPOOLGE14
Penerbit dan pengacara radio BFM Umapagan Ampikaipakan (@umapagan) dalam laman tweetnya menulis: "The wonderful thing about this #PulangMengundi effort - besides being spontaneous and heartening - is that no one contributing will question who you're voting for. It's about the process not the politics." (Sesuatu yang mengagumkan tentang usaha #PulangMengundi ini - selain menjadi sesuatu yang spontan dan membangkitkan semangat - ialah mereka menawarkan bantuan tanpa bertanya penerima, siapa yang akan mereka undi. Niat mereka untuk memudah cara, bukan berpolitik.)
Penulis Nizam Bakeri (@nizambakeri) pula memulakan tanda pagar #CarpoolGE14 untuk memudahkan mereka yang akan ke pusat mengundi yang sama mencari rakan berkongsi kereta (carpool).
Nizam dan pengguna Twitter Syazwani (@AnnieVeeee) kemudiannya membuka akaun Twitter @CarpoolGE14 untuk membantu mereka yang berminat dengan menyediakan templat untuk mengisi maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan kumpulan kongsi kereta yang sesuai.
Satu tweet yang disemat (pinned) di akaun itu menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan itu tanpa mengira faham politik masing-masing.
"Tak kisah undi siapa, balik mengundi," katanya.
DROUPR
Droupr, satu aplikasi kongsi kereta yang dihasilkan anak tempatan turut mengumumkan kempen "Balik dan Undi" setelah tarikh pengundian diumumkan.
Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Droupr Naim Ahmad memberitahu Bernama pengguna aplikasi dapat memilih samada untuk menawarkan khidmat kongsi kereta ataupun mencari kereta untuk ditumpang.
"Droupr ialah platform kongsi kereta yang memudahkan pencarian rakan untuk perjalanan ke arah yang sama. Jadi sekiranya kita hendak memandu dari KL ke Perlis untuk mengundi nanti, kita boleh mencari beberapa orang lagi untuk berkongsi kereta dan ini akan menjimatkan kos minyak dan tol," terang beliau.
Pengguna aplikasi boleh berinteraksi dengan ahli kumpulan lain sebelum perjalanan untuk membincangkan maklumat berkaitan di samping mengurangkan rasa kekok ketika dalam perjalanan kelak.
Bagi mereka yang risau tentang keselamatan, Naim berkata Droupr mengambil berat mengenai isu keselamatan. Jika pengguna berhadapan dengan situasi kecemasan, butang "distress signal" dalam aplikasi itu boleh digunakan untuk menghantar maklumat lokasi pengguna serta-merta kepada pihak yang telah dipilih awal oleh pengguna.
"Pengguna juga dapat menetapkan syarat yang dikehendaki seperti "untuk wanita sahaja", "untuk perokok" atau "haiwan peliharaan dibernarkan"," katanya.
Aplikasi yang dilancarkan pada 2016 itu boleh dimuat turun dari Play Store Google dan App Store Apple.
Seramai 11,257,151 orang daripada 13,268,002 yang layak mengundi pergi mengundi pada PRU ke-13 yang berlangsung Ahad, 5 Mei, 2013. Jumlah yang mengundi ketika itu mewakili 84.8 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 12 2018
![Rakyat Malaysia jayakan #PulangMengundi Rakyat Malaysia jayakan #PulangMengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522322887_SPR.jpg)
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71584867220_BankIslam.jpg)
Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.
![KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731568027_TBSaifuddin.jpg)
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
![Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727872053_AnthonyLoke.jpg)
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
![Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710751278_DatukDrZulkifliMo.jpg)
Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.
![Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721981020_AplikasiGoogleGem.jpg)
Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.
![Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721383191_TBSabahElectricity.jpg)
Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.
![Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/61532169216_apps.jpg)
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
![Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81704014489_TBDiesel.jpg)
Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.
![Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024 Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709007780_TByoutubekidsjp.jpg)
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
![Think Quran lain daripada yang lain Think Quran lain daripada yang lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708300951_TBMawi.jpg)
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.