Kedutaan Malaysia di Sudan telah menasihati semua pelajar Malaysia agar tidak mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan politik serta menjauhkan diri dari tempat-tempat awam yang boleh menjejaskan keselamatan mereka seperti dataran dan kawasan pasar.
"Semua rakyat Malaysia dinasihatkan agar mematuhi aturan dan peraturan Sudan serta mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum," kata Pegawai Konsular Kedutaan Malaysia di Khartoum ketika menjawab soalan Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama berhubung tunjuk perasaan baru-baru ini yang berlaku di Sudan.
"Jika boleh mereka perlu mengehadkan pergerakan mereka sehingga situasi kembali normal," kata pegawai itu.
Antara lokasi yang mempunyai risiko lebih tinggi dan yang harus dielak oleh rakyat Malaysia ialah Souq Omdurman, Souq Al-Araby di Khartoum, Atbara dan al-Gadarif, katanya.
Sementara itu, bagi rakyat Malaysia yang merancang berkunjung ke Sudan, kedutaan menasihati mereka agar mengambil semua langkah berjaga-jaga dan prihatin dengan situasi keselamatan pada setiap masa sebelum berlepas.
Menurut Pegawai Konsular, terdapat kira-kira 150 rakyat Malaysia yang menetap di Sudan ketika ini.
Majoriti mereka adalah pelajar yang mengikuti pengajian Bahasa Arab, Pengajian Islam dan Undang-Undang Syariah di Universiti Afrika Antarabangsa.
Selebihnya adalah kakitangan Petronas, para pegawai dan petugas kedutaan serta sebilangan kecil ahli perniagaan Malaysia dan keluarga masing-masing, katanya.
Ketika ini, terdapat lima syarikat Malaysia yang beroperasi di Sudan iaitu Petronas, Nursyh Engineering Co Ltd, Hanas Services Co Ltd, DSV AL Anwar Trillion Gold Mining dan Beauty Bar.
Mengulas situasi semasa di Sudan, Pegawai Konsular berkata secara relatif ia adalah stabil dan terkawal selepas beberapa demonstrasi di Khartoum serta beberapa perbandaran lain sejak 19 Dis 2018.
"Buat masa ini, pasukan keselamatan Sudan terus mengekalkan keamanan dan kawalan di ibu negara serta di tempat lain," katanya.
Menurut Pegawai Konsular, beberapa siri demonstrasi telah berlaku susulan tunjuk perasaan di Atbara, sebuah negeri di Sungai Nil yang terletak kira-kira 348 kilometer dari Khartoum pada 19 Dis, di mana orang ramai turun ke jalanan untuk membantah situasi ekonomi teruk yang menyaksikan bekalan roti berkurangan dan harga meningkat daripada 1 Pound Sudan kepada 3 Pound Sudan.
Pada 21 Dis, Kedutaan Malaysia telah menyiarkan nasihatnya di halaman Facebook dan laman sesawang rasminya.
Kedutaan Malaysia terletak di Kompleks Petronas Sudan, No13, Block 7, Nile Avenue, P.O Box 11150, Khartoum, Republik Sudan dan boleh dihubungi menerusi Telefon: +249-156556400/+249-990700350 (Muhammad Rafeeq Mohd Razali) atau e-mel: mwkhartoum@kln.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 03 2019
![Rakyat Malaysia di Sudan dinasihat tidak sertai perhimpunan politik, jauhi tempat awam Rakyat Malaysia di Sudan dinasihat tidak sertai perhimpunan politik, jauhi tempat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546528487_sudanprotest.jpg)
Antara lokasi yang mempunyai risiko lebih tinggi dan yang harus dielak oleh rakyat Malaysia ialah Souq Omdurman, Souq Al-Araby di Khartoum, Atbara dan al-Gadarif. - Reuters
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pelajar Malaysia dilaporkan hilang di Jepun ditemukan selamat Pelajar Malaysia dilaporkan hilang di Jepun ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738196167_tbhilang.jpg)
Pelajar Malaysia dilaporkan hilang di Jepun ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
![Nahas Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini - Wisma Putra Nahas Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Nahas Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini - Wisma Putra
Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul.
![Kedutaan Malaysia di Tehran anjur resepsi durian promosi 'Musang King' Kedutaan Malaysia di Tehran anjur resepsi durian promosi 'Musang King'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735012620_tbDurian.jpg)
Kedutaan Malaysia di Tehran anjur resepsi durian promosi 'Musang King'
Kedutaan Malaysia di Tehran menganjurkan majlis resepsi durian menonjolkan kepentingan budaya.
![Jenazah Muhammad Izzat selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Izzat selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698367555_muhammadizzat.jpg)
Jenazah Muhammad Izzat selamat dikebumikan
Jenazah mangsa yang dibawa dari Yangon tiba di KLIA kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa pulang ke Kuantan menggunakan van jenazah.
![Enam bulan hilang di Makkah, Cikgu Musthafa disahkan meninggal dunia Enam bulan hilang di Makkah, Cikgu Musthafa disahkan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686369620_HilangSejakUmrah.jpg)
Enam bulan hilang di Makkah, Cikgu Musthafa disahkan meninggal dunia
Penantian selama enam bulan keluarga Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah berakhir apabila mendapat perkhabaran jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia.
![Wisma Putra aktifkan 'Operasi Sudan' bersama agensi kerajaan Wisma Putra aktifkan 'Operasi Sudan' bersama agensi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681694175_ZambryAbdulKadir.jpg)
Wisma Putra aktifkan 'Operasi Sudan' bersama agensi kerajaan
Wisma Putra juga telah berhubung dengan negara sekutu untuk membantu proses membawa keluar rakyat Malaysia sebaik keadaan mengizinkan.
![12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM 12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679931235_AnwarIbrahim.jpg)
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kedutaan Malaysia di Seoul terbakar, tiada kemalangan jiwa Kedutaan Malaysia di Seoul terbakar, tiada kemalangan jiwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643360878_kebakaran.jpg)
Kedutaan Malaysia di Seoul terbakar, tiada kemalangan jiwa
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 20 orang terpaksa berpindah.
![Sekatan pergerakan di Chile tidak seburuk disangka, kata rakyat Malaysia Sekatan pergerakan di Chile tidak seburuk disangka, kata rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616881899_PKPChile.jpg)
Sekatan pergerakan di Chile tidak seburuk disangka, kata rakyat Malaysia
Guru bahasa Inggeris yang menetap di Santiago berkata keadaan semasa sekatan pergerakan pertama tahun lalu lebih buruk berbanding sekarang.
!['Cabaran Nasi Lemak' di Bangkok ubati kerinduan perantau Malaysia 'Cabaran Nasi Lemak' di Bangkok ubati kerinduan perantau Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/61579236284_nasilemak.jpg)
'Cabaran Nasi Lemak' di Bangkok ubati kerinduan perantau Malaysia
"Cabaran Jaguh Nasi Lemak" yang pertama kali diadakan di sini, mengubati kerinduan anak rantau Malaysia yang menetap di Thailand terhadap makanan kegemaran rakyat di tanah air itu.