KUALA LUMPUR: Keputusan Chile mengenakan perintah kuarantin kepada lebih 13 juta penduduknya bermula Khamis adalah susulan lonjakan mendadak kes baharu COVID-19.
Namun, segelintir rakyat Malaysia di Santiago yang dihubungi Bernama menyatakan keadaan kali ini tidaklah seburuk seperti yang disangka.
Ekspatriat, Nithiya Kala V. Balasubramaniam akui keluarganya di Malaysia amat risau sebaik mengetahui sekatan pergerakan akan dikenakan ke atas lebih separuh daripada 19 juta penduduk negara itu.
Menceritakan pengalamannya, guru bahasa Inggeris berusia 50 tahun menetap di Vitacura, Santiago itu berkata keadaan semasa sekatan pergerakan pertama tahun lalu lebih buruk berbanding sekarang kerana lebih bersedia.
"Berikutan langkah terbaru kerajaan itu bermakna kelas di sekolah akan beroperasi dalam talian mulai Isnin.
"Sebelum ini perintah berkurung dikenakan dari 10 malam hingga 5 pagi, tetapi itu tidak mempengaruhi rutin saya kerana masih boleh berjalan-jalan dan mengikuti kelas tembikar," katanya sambil menambah prosedur operasi standard (SOP) tidak jauh berbeza dengan di Malaysia.
Nithiya Kala juga telah menerima dua dos vaksin COVID-19.
"Saya rasa hampir semua orang (guru) sudah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama dan sebahagian lagi sudah disuntik kedua-dua dos,” katanya.
Ujarnya, semua rakyat Malaysia di Chile dijaga dengan baik dan Kedutaan Malaysia di Chile sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan terkini dan menawarkan bantuan yang diperlukan.
Roszanah Mahat, yang tinggal di Providencia pula menggambarkan keadaan di tempatnya lebih tenang berbanding kawasan lain.
“Kawasan saya sebelah bukit kawasan tarikan pelancong, memang sunyi tiada orang. Kita rasa macam satu kehidupan yang lain. Anak-anak pun tanya kenapa tiada orang di luar dan saya terangkan pada mereka sekarang kita kena ikut SOP.
“Masa mula-mula sekatan pergerakan tahun lalu memang agak tertekan, tetapi lama-kelamaan alah bisa tegal biasa,” katanya.
Suri rumah berusia 47 tahun itu menyangka keadaan akan menjadi lebih baik apabila ketiga-tiga anaknya, berusia 10 hingga 14 tahun, kembali ke sekolah bulan ini sebaliknya ia tidak seperti yang disangka.
Suaminya, seorang warga Perancis bekerja sebagai jurutera lapangan terbang, sudah diberi vaksin sementara Roszanah masih menunggu giliran.
“Untuk umur saya belum mula lagi kecuali orang yang ada masalah kesihatan kronik. Pihak kerajaan tempatan akan hantar mesej mengenai tarikh dan masa untuk vaksin,” katanya.
Ditanya mengenai bekalan makanan, Roszanah berkata jika masa sekatan pergerakan pertama agak sukar kerana berlaku pembelian panik, sekarang berbeza apabila orang ramai sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kuarantin.
Sementara itu, Duta Malaysia ke Chile Abu Bakar Mamat ketika dihubungi berkata setakat ini tiada masalah utama dihadapi rakyat Malaysia yang berjumlah kira-kira 50 orang kecuali tiga pelancong yang terkandas di negara ini tahun lalu berikutan sekatan pergerakan.
Katanya, seorang daripada mereka sudah pulang ke tanah air sementara dua yang lain meneruskan pengembaraan dan pihak kedutaan sering menghubungi mereka dari semasa ke semasa.
Mengenai vaksinasi, Abu Bakar berkata sekurang-kurangnya enam juta orang atau sekitar sepertiga penduduk Chile, sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
“Dalam rekod kami kakitangan kedutaan ada seorang yang sudah dapat dos pertama dan yang lain masih menunggu kerana di sini selepas barisan hadapan, baru vaksin untuk masyarakat umum diberikan mengikut peringkat umur bermula 60 ke atas dan yang ada masalah kesihatan kronik,” katanya.
Menteri Kesihatan Chile Enrique Paris pada Isnin mengumumkan 21 bandar di wilayah Santiago, termasuk Maipu dan Puente Alto, yang paling ramai penduduk, akan dikenakan arahan kuarantin selain 21 daerah di wilayah lain.
Pada Khamis Chile mencatatkan 7,023 kes baharu COVID-19 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 954,762.
Sebanyak 122 lagi kematian dilaporkan dengan keseluruhan korban seramai 22,524 sejak wabak bermula.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021

Nithiya Kala berkata, semua rakyat Malaysia di Chile dijaga dengan baik dan Kedutaan Malaysia di sana sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan terkini dan menawarkan bantuan yang diperlukan. --fotoBERNAMA

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.