KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Wisma Putra telah mengaktifkan 'Operasi Sudan' yang bertugas 24 jam sejak krisis tercetus di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan pada Isnin berkata, operasi itu turut disertai beberapa agensi kerajaan lain bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Sudan terpelihara.
Ujarnya, Wisma Putra juga telah berhubung dengan beberapa buah negara sekutu seperti
Arab Saudi, Turkiye, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu proses membawa keluar rakyat Malaysia dari negara itu sebaik keadaan mengizinkan.
"Pada masa ini, keadaan di Sudan masih lagi tegang yang mana pertempuran di antara kedua-dua pihak bertelagah dilaporkan masih sengit khususnya di kawasan-kawasan strategik di Khartoum.
"Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum masih belum dibuka dan ini menyukarkan perancangan untuk membawa keluar rakyat asing dari pelbagai negara termasuk Malaysia.
"...Kesemua 29 rakyat Malaysia mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum untuk terus berada di tempat masing-masing," katanya.
Wisma Putra dengan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat.
Pasukan khas ini juga sedang berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum mengenai kaedah yang paling selamat untuk menambah bekalan keperluan asas khususnya makanan dan ubat-ubatan kepada kesemua mereka di Sudan.
"Situasi di Sudan terlalu kompleks. Ini melibatkan perbalahan politik di antara dua pihak utama Transitional Sovereignty Council. Berdasarkan laporan yang diterima, kedua-dua pihak masih belum mencapai kata sepakat untuk menamatkan pertempuran bersenjata yang telah meletus sejak dua hari yang lepas.
"Malaysia berharap pemimpin kedua-dua kumpulan ini dapat mendengar rayuan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pertempuran serta-merta dan kembali ke meja perundingan bagi mencari titik persefahaman untuk menyelesaikan segala isu atau perbalahan yang berbangkit," jelas Zambry lagi.
Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka dalam titah baginda menyeru seluruh rakyat untuk bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara itu ketika ini.
Nickyson Nyambar
Mon Apr 17 2023

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan pada Isnin berkata, operasi itu turut disertai beberapa agensi kerajaan lain bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Sudan terpelihara. - Gambar fail/BERNAMA

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

Pergolakan di Sudan: RSF umum genjatan senjata 72 jam sempena Aidilfitri
Dalam kenyataan itu, RSF turut mengesahkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata itu.

Wisma Putra aktifkan 'Operasi Sudan' bersama agensi kerajaan
Wisma Putra juga telah berhubung dengan negara sekutu untuk membantu proses membawa keluar rakyat Malaysia sebaik keadaan mengizinkan.