KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia dan Belarus dinasihatkan supaya terus berwaspada susulan pengisytiharan operasi memerangi pengganas (CTO) di Moscow dan wilayahnya pada Sabtu.
Kedutaan Malaysia di Rusia dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Twitter menggesa rakyat Malaysia di ketiga-tiga negara itu mendaftar atau mengemas kini maklumat terkini mereka kepada kedutaan melalui e-mel (mwmoscow@kIn.gov.my) dan nombor telefon; +7 (495) 419 9898/99 atau +7 (906) 746 1333 (pegawai bertugas).
"Pendaftaran adalah penting untuk memastikan maklumat yang berkaitan dan kemas kini daripada Kedutaan/Kerajaan Malaysia dapat disampaikan dengan efektif dan seefisien mungkin.
"Kedutaan sedang memantau dengan teliti situasi semasa di negara ini dan menggesa semua rakyat Malaysia, khususnya pelajar di Moscow, Kursk, St. Petersburg dan Volgograd supaya sentiasa berwaspada dan bertenang, mengehadkan pergerakan di luar rumah, mengelakkan kawasan sesak, sentiasa membawa dokumen peribadi (termasuk pasport) dan memastikan dokumen perjalanan adalah sah dan mudah diakses.
"Bagi rakyat Malaysia yang merancang untuk pergi ke Rusia, mereka dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting, sehingga keadaan bertambah baik," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata menerusi ciapan di Twitternya, "Kementerian memantau dengan teliti situasi di Rusia susulan pergolakan yang disebabkan pemberontakan bersenjata.
"Kedutaan sedang berhubung rapat dengan semua 755 rakyat Malaysia yang berdaftar dan meminta mereka bertenang, mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal berada di dalam rumah."
Ketegangan semakin memuncak di Rusia selepas kumpulan upahan Wagner, yang diketuai Yevgeny Prigozhin, juga pernah menjadi sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin, melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Rusia.
Prigozhin berkata pejuangnya akan mara ke Moscow, mendorong Kremlin meningkatkan langkah keselamatan merentasi pelbagai wilayah di negara itu, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.
Dalam perkembangan terbaharu, Prigozhin kemudian mendakwa pejuangnya memutuskan untuk berundur bagi mengelakkan pertumpahan darah ketika mereka berada kira-kira 200 kilometer (124 batu) dari Moscow, manakala Presiden Belarus Alexander Lukashenko berkata beliau mengadakan perbincangan dengan ketua Wagner dengan persetujuan Putin, dan Prigozhin menerima perjanjian untuk “mengendurkan ketegangan.”
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
![Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687662993_Russia.jpg)
Anggota Kumpulan Wagner ketika bersiap untuk meninggalkan kawasan ibu pejabat Daerah Tentera Selatan di Rostov-on-Don, Rusia, 24 Jun 2023. (Foto AP)
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![PDRM terima 482 laporan sindiket job scam libatkan 628 rakyat Malaysia PDRM terima 482 laporan sindiket job scam libatkan 628 rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710749167_ShamsulAnuarNasara.jpg)
PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.
![15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan 15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739687393_tbMyanmarscamcent.jpg)
15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.
![PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739713155_ArMarhumTunkuAbd.jpg)
PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.
![15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand 15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739687393_tbMyanmarscamcent.jpg)
15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724425922_TBsingapore.jpg)
Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.
![Khazanah Nasional berada di landasan tepat Khazanah Nasional berada di landasan tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739165303_DrAimiZulhazmyAbd.jpg)
Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.
![Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732948984_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
![Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.