Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyarankan agar mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dengan skim Malaysia Working Holiday Visa untuk membuat rancangan perjalanan pulang sebelum tempoh sah laku permit berkenaan tamat.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Nur Izzah Wong Mee Choo berkata, perkara itu bagi mengelakkan sebarang implikasi berlaku dalam tempoh terdekat termasuk berdepan kesukaran menyambung semula permit itu.
Beliau berkata, walau bagaimanapun pihaknya menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan etika kesihatan biarpun negara itu mencatatkan sifar jangkitan komuniti sejak dua bulan lalu.
"Dalam kes ini, masih ada rakyat kita (Malaysia) berada dibawah skim Malaysia Working Holiday Visa disebabkan tempoh kerja telah tamat dan dalam keadaan ini sukar untuk mendapat sambungan visa, mereka dinasihat untuk membuat perancangan pulang sebelum sah laku bagi mengelakkan sebarang komplikasi kelak.
"Walalu bagaimana penduduk tempatan masih dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengamal etika kesihatan yang baik dan bersesuaian dengan kebiasaan baharu," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.
Mengulas mengenai usaha pihaknya ketika negara itu mengenakan perintah berkurung bagi membendung COVID-19, Nur Izzah berkata, pejabat kedutaan hanya berupaya menghubungi semua rakyat tempatan secara maya bagi memastikan kesemuanya berada dalam keadaan baik.
"Dalam tempoh itu, kita juga terikat dengan peraturan perintah berkurung yang dikenakan dan sebarang pergerakan fizikal tidak dibenarkan.
"Sehubungan itu, kita terus menghubungi mereka yang terkandas menerusi panggilan telefon, e-mel dan sebagainya bagi memastikan kebajikan mereka terjaga," ujarnya.
Dalam masa sama, beliau berkata, pejabat kedutaan turut berhubung rapat dan bekerjasama dengan komuniti tempatan iaitu Persatuan Perniagaan Malaysia di New Zealand (NZMBA) dengan menjalankan kempen 'reachout' khusus buat mereka yang terkandas.
"Antara usaha yang digerakkan termasuk mencari tempat tinggal sementara sepanjang tempoh perintah berkurung serta menawarkan khidmat nasihat berhubung imigresen dan keperluan harian seperti makanan dan perubatan," jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Sun Jul 26 2020
Nur Izzah berkata, perkara itu bagi elak sebarang implikasi dalam tempoh terdekat termasuk berdepan kesukaran menyambung semula permit itu. - Foto REUTERS
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Astro, Premier League perangi cetak rompak dengan kempen 'Boot Out Piracy'
Astro dan Premier League mengambil peluang untuk sekitar menekankan isu kritikal perihal cetak rompak digital melalui kempen 'Boot Out Piracy'.
The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa.
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.