BANGKOK: Setiap tahun pada 31 Ogos, Ten Voon Teng, 70, tidak ketinggalan memakai baju Batik untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Kedutaan Malaysia di Bangkok.
Tan yang telah menetap di Bangkok selama 45 tahun, tidak pernah gagal menghadiri sambutan Hari Kebangsaan sejak 10 tahun lepas.
"Menyambut Hari Kebangsaan di luar negara merupakan suatu pengalaman unik, menyentuh hati dan sangat bermakna. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia berkumpul meraikan kekayaan warisan dan budaya Malaysia. Inilah cara untuk kekal berhubung dengan komuniti kita," katanya kepada Bernama.
Bagi Wong Shin Yi yang bekerja di sebuah syarikat teknologi di Bangkok, meraikan Hari Kebangsaan bersama rakyat Malaysia di luar negara merupakan detik istimewa kerana dapat berkongsi budaya dan warisan bersama rakan senegara.
"Pada sambutan Hari Kebangsaan, Kedutaan sentiasa menghidangkan makanan tradisional Malaysia yang lazat, termasuk Nasi Lemak dan Teh Tarik. Ini memberi peluang kepada kami untuk menikmati masakan kebangsaan kami dan berasa seperti berada di tanah air walaupun hakikatnya kami berada jauh," katanya.
Kira-kira 250 rakyat Malaysia di Bangkok berhimpun di Dewan Perniagaan India-Thai (ITCC) untuk meraikan Hari Kebangsaan sambil menikmati kepelbagaian juadah Malaysia.
Lengkap berpakaian tradisional, mereka mendendangkan lagi kebangsaan "Negaraku" dan lagu tema Hari Kebangsaan 2023, "Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan".
Suasana meriah diceriakan lagi dengan persembahan lagu patriotik Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (Perwakilan).
Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel dan isteri Datin Catherina Cherian Samuel turut menghadiri majlis itu bersama-sama pegawai dan kakitangan kedutaan.
Dalam ucapannya, Jojie menyatakan harapan agar sambutan Hari Kebangsaan kedutaan hari ini dapat menyemarakkan semangat memperingati kemerdekaan negara.
"Kehadiran anda di sini pagi ini telah memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Ia bukti perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia di luar negara.
"Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66, marilah kita menyokong tema (Hari Kebangsaan) tahun ini untuk menyemarakkan semula semangat patriotisme dalam diri kita dan menyemai benih perpaduan yang lebih kukuh untuk Malaysia yang lebih makmur," katanya.
Sempena Hari Kebangsaan, Jalur Gemilang akan dipamerkan pada skrin LED gergasi Siam Paragon dari 7 malam hingga 12 tengah malam (waktu tempatan).
Selain itu, mesej Hari Kebangsaan turut dipamerkan di Menara Baiyoke II, sebuah bangunan ikonik di Bangkok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
![Rakyat Malaysia di Bangkok terus bersatu meraikan Hari Kebangsaan Rakyat Malaysia di Bangkok terus bersatu meraikan Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693485442_TBBangkok.jpg)
Kira-kira 250 rakyat Malaysia di Bangkok berhimpun di Dewan Perniagaan India-Thai (ITCC) untuk meraikan Hari Kebangsaan sambil menikmati kepelbagaian juadah Malaysia. - Facebook Embassy of Malaysia, Bangkok
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
Belasungkawa: Nidza Afham dikebumikan di Puncak Alam
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644847788_FBREAKWISMAPUTRA.jpg)
Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kementerian Luar mengesahkan bahawa menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi berukuran 4.8 magnitud yang melanda berhampiran Hama, Syria pada Isnin malam.
![Rakyat Malaysia di Kursk, Rusia dinasihat berwaspada di tengah konflik yang memuncak Rakyat Malaysia di Kursk, Rusia dinasihat berwaspada di tengah konflik yang memuncak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Rakyat Malaysia di Kursk, Rusia dinasihat berwaspada di tengah konflik yang memuncak
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa mereka sedang memantau dengan teliti perkembangan di wilayah itu.
![Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723377307_ShahFirdaus.jpg)
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin
Biarpun terjatuh, beliau bangkit dan menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 3.348 minit di belakang pemenang Harrie Lavreysen dari Belanda.
![Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723169688_earthquake.jpg)
Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan oleh gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pada Khamis.
![Rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa bumi di selatan California disaran berwaspada Rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa bumi di selatan California disaran berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa bumi di selatan California disaran berwaspada
Mereka disarankan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
![Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam protes di UK Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam protes di UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723004549_illegalimmigration.jpg)
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam protes di UK
Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam protes yang sedang berlangsung di United Kingdom (UK), kata Kementerian Luar.
![Protes antipendatang merebak ke barat daya England Protes antipendatang merebak ke barat daya England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722896022_Plymouth.jpg)
Protes antipendatang merebak ke barat daya England
Protes antipendatang dilaporkan merebak ke Plymouth di barat daya England pada Isnin.
![Taufan Tropika Debby : Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada Taufan Tropika Debby : Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722868828_HurricaneDebby.jpg)
Taufan Tropika Debby : Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada
Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti pergerakan Taufan Tropika Debby.
![Serangan berbalas tembakan di Selatan Lubnan tidak jejaskan rakyat Malaysia - Wisma Putra Serangan berbalas tembakan di Selatan Lubnan tidak jejaskan rakyat Malaysia - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722825037_IsraelLebanonWar.jpg)
Serangan berbalas tembakan di Selatan Lubnan tidak jejaskan rakyat Malaysia - Wisma Putra
KLN beri amaran rakyat Malaysia harus mengambil langkah-langkah yang berjaga untuk mengelak sebarang kemudaratan.
![Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes
Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan untuk menjauhi kawasan protes.